Thursday, November 24, 2016

Tutorial untuk menyelesaikan masalah "Ipad is disabled"

Assalamualaikum..

Straight to the point.

Malam tadi saya telah berjaya menyelesaikan satu masalah yang berbulan-bulan lamanya masalahnya tersadai.

Ok dipendekkan cerita;

Apa anda akan buat sekiranya berlaku masalah apabila Ipad anda tidak dapat diaktifkan seperti biasa apabila berlaku masalah passcode ipad telah salah dimasukkan? sehingga menyebabkan ianya terpapar satu notis di skrin Ipad " Ipad is disabled".


Credit to : Google Source




Ok.. langkah pertama.

1. Sila 'off'kan ipad anda terlebih dahulu.
Kemudian tekan pada Home button sebentar sambil menyucuk cable ke Ipad dan sambungkan ke Pc anda.
Pastikan anda mempunyai apps Itunes terlebih dahulu.

2. Ok, setelah itu tunggu sebentar sehingga keluar logo Apple di skrin.
Kemudian tunggu sebentar.Sehingga keluar arahan seperti di dalam gambar di bawah ini:

Credit to: Google Source

3.Ok kemudian, pergi ke pc anda buka apps Itunes.Ikut arahan di sana, dan klik pada "restore".Tunggu sehingga semuanya selesai.
Secara serentak proses restore yang berlaku di pc akan selesai di Ipad anda.Ok, Done!

Oh ya, Proses ini akan menyebabkan ipad anda kelihatan seperti baru tau.Kalau nak backup semua data kena backup awal - awal.Maaf, saya memang tak berapa faham nak backup hehe, dan memandangkan Ipad saya yang tu jarang sangat digunakan, memang tak banyak sangat data berharga dalam tu,

Buat mereka yang kurang faham dengan entri yang saya sampaikan.Bolehlah rujuk kepada video dari Youtube seperti yang di bawah ni.OK?!


link : https://www.youtube.com/watch?v=ulqxl1gANyc


Ok.Selamat mencuba gengs! ;)

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu


Negara kita dilanda jerebu yang teruk di beberapa buah tempat.Sekolah pun ditutup untuk dua hari.



Alhamdulillah , selama 2-3 hari berkurung di rumah bersama anak-anak, hujan hari ini turun.Syukur!



Tuesday, June 11, 2013

Sementara stok masih ada!

Alhamdulillah parcel yang saya tunggu-tunggu dah sampai.Mula-mula ragu-ragu juga nak membelinya melalui atas talian.Selalu beli yang barang yang biasa-biasa sahaja, tapi kali ini saya cuba beli kasut pulak.Kasut lama dah lusuh sangat.Jadi, ada duit lebih saya ganti yang baru.
Saya beli kasut jenama Bata ni melalui website Rasmi mereka.Yang seronoknya, kos penghantaran adalah PERCUMA! Penat dah cari saiz kasut tak jumpa-jumpa di kedai Bata yang berhampiran.Alhamdulillah..Allah beri jalan pada saya. Syukur sangat dan memang puas hati!


Thursday, June 6, 2013

Dr.Oz & Petua

Tertarik pula dengan rancangan Dr.Oz sebentar tadi di TvHijrah, mengenai petua-petua untuk kesihatan dan kecantikkan.Mari saya kongsikan dua petua.

Petua 1.Untuk mendapatkan kulit yang flawless / gebu.

Ambil beberapa biji aspirin dan dibancuh bersama air perahan lemon, Kemudian sapu kan keseluruh muka.Biarkan sebentar antara 10 hingga 15 minit.
Kemudian, bancuh soda bikarbonat bersama air kemudian lap-lapkan dengan menggunakan kapas muka.

Apabila Dr.Oz membawa peralatan tersebut ke 'Mesin Kebenaran' dan jawapannnya 'YES!


Petua 2.Untuk menghilangkan jerawat di muka.

Err...ambil putik kapas, korek telinga.Wax atau 'tahi telinga' sapu ke jerawat.ERKK! cuba teka apa jawapan 'mesin kebenaran' tu? NOOOOO!!  lol! ada berani?? hehehehe...


Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.