Thursday, November 24, 2016

Tutorial untuk menyelesaikan masalah "Ipad is disabled"

Assalamualaikum..

Straight to the point.

Malam tadi saya telah berjaya menyelesaikan satu masalah yang berbulan-bulan lamanya masalahnya tersadai.

Ok dipendekkan cerita;

Apa anda akan buat sekiranya berlaku masalah apabila Ipad anda tidak dapat diaktifkan seperti biasa apabila berlaku masalah passcode ipad telah salah dimasukkan? sehingga menyebabkan ianya terpapar satu notis di skrin Ipad " Ipad is disabled".


Credit to : Google Source




Ok.. langkah pertama.

1. Sila 'off'kan ipad anda terlebih dahulu.
Kemudian tekan pada Home button sebentar sambil menyucuk cable ke Ipad dan sambungkan ke Pc anda.
Pastikan anda mempunyai apps Itunes terlebih dahulu.

2. Ok, setelah itu tunggu sebentar sehingga keluar logo Apple di skrin.
Kemudian tunggu sebentar.Sehingga keluar arahan seperti di dalam gambar di bawah ini:

Credit to: Google Source

3.Ok kemudian, pergi ke pc anda buka apps Itunes.Ikut arahan di sana, dan klik pada "restore".Tunggu sehingga semuanya selesai.
Secara serentak proses restore yang berlaku di pc akan selesai di Ipad anda.Ok, Done!

Oh ya, Proses ini akan menyebabkan ipad anda kelihatan seperti baru tau.Kalau nak backup semua data kena backup awal - awal.Maaf, saya memang tak berapa faham nak backup hehe, dan memandangkan Ipad saya yang tu jarang sangat digunakan, memang tak banyak sangat data berharga dalam tu,

Buat mereka yang kurang faham dengan entri yang saya sampaikan.Bolehlah rujuk kepada video dari Youtube seperti yang di bawah ni.OK?!


link : https://www.youtube.com/watch?v=ulqxl1gANyc


Ok.Selamat mencuba gengs! ;)

No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.