Friday, May 24, 2013

Suasana sejuk di pagi pertengahan Rejab.

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...selamat pagi jumaat.Pagi ini terasa nyaman dan sejuk sekali.Tanpa kipas, duduk di ruang tamu sambil menghirup air suam memang begitu tenang sekali pagi ni.

Memang agak lama sudah saya 'mati' bicara gara-gara di celah-celah kesibukan yang bernama rutin.Alhamdulillah..begitulah kehidupan.Kehidupan dan rutin berpisah tiada.Alhamdulillah juga, Allah masih pinjamkan nafas dan nyawa ini untuk saya menunaikan segala amanah di muka bumi Allah yang penuh berkah ini.

Allah! tertiba saya terasa rindu.Rindu pada sesuatu suasana dan ketenangan hati.Semoga ketenangan itu kembali kepada saya dan rindu akan mekar kembali.Rindu ini bukan rindu biasa rasanya.Tapi rindu sukar untuk diterjemah dengan kata-kata.Moga akan terubat dengan sendirinya apabila penawarnya ditemui.Waallahualam..

Cukuplah setakat ini dulu buat kali ini, sebagai muqaddimah monolog bisu yang tak bertepi.Akhir kalam, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi IMAN.Semoga redha Allah itu sentiasa menjadi milik kita.Aamiin..

1 comment:

Ummu Fatihah said...

Alaikumsalam ya Ukhti...

Your entry make me smile.. :)..

We have our own priority in real life. But, we know our blog will always be there for us to share our feeling..

:)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.