Tuesday, October 9, 2012

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu


Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum..
Jam menunjukkan 12:39 pagi tepat.Saya masih belum dapat melelapkan mata.Suami dan anak-anak sudah diulit mimpi indah.Saya masih menanti untuk menyudahkan tugasan saya sebagai SRT (surirumahtangga) yang berlangsung sejak semalam lagi.Mesin cuci masih ligat menjalankan operasinya.Hmmm...mengantuk amat lah saya awal pagi esok.
Begitulah hidup seorang SRT.Orang yang paling lambat masuk tidur dan kamilah juga orang yang paling awal bangun keesokkan harinya.Kalau tiada kekuatan juga terikat dengan kemalasan..haru birulah gamaknya rumah kami.
Sekarang ni pun mata dah hampir layu dan kuyu.Tadi saya mencapai satu majalah yang belum saya baca sepenuhnya.Lama dah saya berhajat membeli majalah tersebut, malam semalam barulah ianya tercapai.
Tajuknya amat menarik hati saya.Mungkin ianya agak biasa2 saja...Tapi tergerak hati pulak nak mendalaminya.
Hmmm...kena abiskan dulu membaca.Baru boleh nak cerita-ceriti.
Oklah...dipendekkan cerita...seperti biasa.
Wasiat untuk anak-anakku:
Mbok cah, jadilah anak yang matang kerana dirimu adalah contoh kepada adik2mu.Jaga akhlak, bicara dan tingkah semoga dirimu disenangi insan keliling.Mama syg mbok cah.Marah tandanya sayang.Zubair,nabila,nabihah dan nuha..hormati mbok cah sebagai seorang kakak.Mama sayang semua :)


Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

'Sesiapa menyerahkan seluruh urusannya kepada Allah, Allah akan cukupkan keperluannya'

2 comments:

Ummu Fatihah said...

Assalamualaikum wb ya ukhtie... :)

Ku ameenkan doamu.. Moga anak- anak kita bakal menjadi insan berjiwa besar dan mengutamakan Allah sepanjang hidup mereka...

MysDear said...

W'saalam wbt...

T.kasih sebab aamiinkan.Kepala hampir migrain sbb tak cukup tidur d tambah bekalan elektrik terputus sbb ada pembaikan.Tapi Alhamdulillah. .hikmahnya kipas ruang tamu dan bilik anak2 bkilat bersih ats kerjasama 3 bradik.lol..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.