Tuesday, October 16, 2012

Islamic Relief Malaysia (IRM)

Bismillahirahmanirrahim...

Tertiba telefon bimbit saya berbunyi menandakan ada sms masuk.Saya segera mencapainya dan membacanya;

"Assalam..Qurban puan telah saya lengkapkan.Terima kasih kerana melaksanakan Qurban melalui IRM." sms yang saya terima.

"Terima kasih kembali :)" jawab saya ringkas.

Alhamdulillah..lega hati saya.Ini bukan lah kali pertama saya berurusan dengan IRM ( Islamic Relief Malaysia).Borang yang saya submit beberapa hari yang lepas sudah pun diuruskan.Dan Alhamdulillah..tahun ini saya dapat menjalani ibadah qurban, setelah sekian lama saya tak tergerak hati pun nak buat ibadah qurban.Serius!Kali terakhir saya membuat qurban pada tahun 2003.Oh ..lama sangat dah tu.Sepanjang saya masih bekerja dan punyai sumber duit sendiri dulu, tak pernah pun terfikir nak buat ibadah qurban ni setiap tahun.Ya Allah..betapa lagha nya saya ketika itu.

Alhamdulillah ..tahun ni saya menanam azam untuk melakukan qurban untuk tahun-tahun akan mendatang juga.Memang benar ibadah qurban bukan lah sesuatu yang wajib.Tapi tak salah kan kita membahagikan rezeki pada mereka yang memerlukan.

Jadi saya menyeru, jika yang ada kemampuan bolehlah menjalani ibadah qurban di IRM (Islamic Relief Malaysia)   atau boleh juga menyumbang apa-apa jua sumbangan di sana.Banyak projek yang mereka adakan.



p/s: tiada isu yg nak mengatakan ' kera di hutan disusukan, anak sendiri dibiarkan mati kelaparan." Kat Malaysia ni dah ramai dan biasa makan daging qurban.Sampai terlebih dan obesiti melampau pun ada.Apa kata kita beri kepada mereka yang lebih memerlukan atau mungkin yang hanya merasa daging sekali setahun.

waallahualam..

Wasiat untuk anak-anakku :

Rezeki yang kita ada, mungkin ada rezeki mereka lain di dalamnya.Oleh itu biasa-biasalah memberi.Mungkin dalam bentuk hadiah ataupun sedekah.

No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.