Wednesday, September 12, 2012

Tips untuk melatih anak-anak mengenakan tudung pada usia kecil.

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wbt

Terdetik pulak di hati saya untuk mencoret sesuatu di sini berkenaan tips pemakaian tudung untuk anak-anak pada usia kecil.Segalanya berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu kepada 4 orang puteri.Mohon maaf jika tips yang bakal saya titipkan nanti hanya berdasarkan pengalaman juga ilmu yang cetek yang saya ada.

1.Biasa-biasalah menggunakan alas kepala spt topi dan sebagainya sejak bayi lagi.Kerana bila dimulakan sejak awal lagi maka mereka akan terbiasa.Kelebihan menggunakan alas kepala terhadap bayi boleh mengelakkan terkena hujan dan cuaca panas terik yg boleh mengakibatkan bayi demam.

2.Apabila mereka berumur 1-3, jgn terlalu dipaksa.Lagipun usia mereka masih kecil dan belum faham lagi.Kalau dikenakan lepas tu dibukanya balik tudung, tak mengapalah kan.

3.Biasanya saya,bila anak-anak dah memasuki 'usia tadika' (4-6) saya tekankan perlahan-lahan dulu.Kena terangkan mengapa perlu mengenakan tudung kepala semuanya disebabkan atas suruhan agama.Hal aurat kita boleh terangkan sedikit demi sedikit.Cara untuk menarik perhatian mereka, apa kata tambahkan sedikit hiasan di tudung mereka contohnya, saya akan menjahit bunga dari kain felt.Dan hasilnya, mereka beriya-riya nak mengenakan tudung.Jika tiada kesempatan masa, bolehlah beli pin-pin tudung comel yang melambak di pasaran kini.

4.Apabila usia mereka memasuki 7 tahun, barulah saya 'strict'kan sedikit mengenai pemakaian.Bermula tudung kepala hinggalah pakaian.Biasanya, seboleh-bolehnyalah saya akan membeli baju tshirt lengan panjang labuh menutupi punggung, seperti tshirt muslimah.Seluar panjang apapun boleh.Janji tutup aurat.Pada usia begini tak perlulah menitik beratkan untuk matchkan warna tudung dan warna pakaian.Bagi saya, nanti bila tiba masanya mereka akan faham sendiri bab matchkan tudung dan pakaian.Lagipun, dunia kanak2 sepatutnya colourful gitu! Betul tak?

5.Apabila mereka mencecah akil baligh, memang dah wajib sgt untuk mereka mengenakan tudung.Pada usia begini,mengenakan tudung merupakan satu kewajipan mematuhi perintah agama.Bukan kerana terikut2 atau terpaksa mematuhi peraturan sekolah.InsyaAllah jika kita terangkan sejak kecil lagi, mengenakan tudung bukan satu perkara yang janggal untuk mereka apabila meningkat dewasa.

Itulah saja, tips yang boleh saya kongsikan.Cuma satu yang saya pegang dari dulu dan kini, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Perlu di ingatkan pada anak-anak mengenakan tudung bukan kerana ikut-ikutan atau disebabkan peraturan sekolah sahaja.Tapi kerana hukum Allah swt.Moga-moga adanya latihan sejak kecil lagi, maka senanglah kita mencorakkan peribadi mereka sebagai muslimah yang mukminah.Aamiin..rabbal'alamin.

P/s: saya juga seorang ibu yg baru belajar,jika salah tolong tegur2kan :)

Wasiat untuk anak-anakku; Nafisah, Zubair, Nabila,Nabihah &Nuha :

"Belajarlah kerana Allah, tutuplah aurat kerana Allah"

2 comments:

Ummu Fatihah said...

Assalamualaikum mai..

Kacak entri tuk... Alhamdulillah fatihah n maryam x ada masalah dari mula. Yang cabaran sikit anak biak kamek tuk... Suruh bertopi mauk tapi bertudung nang tidak. Paduhal teknya madah diriknya boy mcm abah.... Alhamdulillah tauk awal.... Insya Allah harap kelak munnya dah masuk abim kelak, ada sebab kei nyuruhnya makei tudung.. Nya nang sik sabar nak mauk abim dah...

Teruskan berkongsi tips2 yang sewaktu dgnnya ya ibu muda....:)

MysDear said...

W'salam...

Alhamdulillah..x sia2 aii bjaga malam n migrain pd keesokkan harinya..haha.
Yg penting slow2...x pat paksa2.InsyaAllah oknya klk :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.