Tuesday, September 11, 2012

Salam Syawal : Edisi lewat

Assalamualaikum wbt...bismillahirahman nirrahim.


Salam syawal, walaupun agak keterlewatan untuk nak menitipkan ucapan salam syawal.Agak kaku dan beku rasanya langkah jari ini nak menaip sesuatu di sini.Yalah kan..lama juga saya tak meng'update' blog di sini.Maaf kiranya ada kepincangan bahasa sebab agak lama juga saya meninggalkan dunia blog saya yang tak seberapa ini.

Alhamdulillah...pertama kali saya nak memanjatkan syukur padaNya kerana diberi kesempatan kepada kami sekeluarga untuk meraikan Ramadhan juga Syawal kali ini.Walaupun ada sedikit 'ujian' yang kami mesti tempuh semasa melalui 1 Syawal yang lepas.Nak cerita pun panjang sangat ceritanya.Mungkin entri akan datang, barangkali.

Sepanjang saya menyepi dari berblog ini..tertiba 2-3 hari kebelakangan ini menjadi timbul semangat pula.Anak-anak saya kini rupa-rupanya menjadi 'stalker' di blog saya! Alahai terharu plak rasa mama kalian ini.Apapun harapan saya semoga mereka mendapat sesuatu yang bermanfaat di sini.

Kepada mereka yang sudi menjengah di blog saya ini, baik rakan-rakan maya yang lama dan baru saya menyusun sepuluh jari kemaafan  di atas segalanya andai kata sepanjang perkenalan kita ada silap dan salah.Atau perilaku saya yang kurang enak di hati kalian.Maafkan saya.Saya insan biasa yang tak sempurna.Doa saya semoga kalian dalam rahmat Allah swt sentiasa.Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang beruntung di dunia dan di akhirat.Aamiin.... :)


Akhir kalam..Salam Syawal.


Wasiat untuk anak-anakku;

"Solat jangan sesekali tinggal bila kalian sudah mencecah akil baligh.Solat adalah perkara pertama sekali di soal apabila kita dibangkitkan di padang Masyhar nanti.Maka bersolatlah anak-anakku..Semoga Allah sentiasa merahmati kalian dan dipelihara dalam jagaanNya."



1 comment:

Jojoe said...

Assalam kak...apa kabar..sihat x... rindu betul kat akak..napa senyap jer tanpa kabar berita.... phone anis rosak..semua number ilang... xdapat contact akak..harap akak masih ingat anis yer.. take care..miss u..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.