Friday, February 17, 2012

Tip Membeli belah atas talian (shopping online)

Assalamualaikum...

Salam Jumaat... selawat ke atas nabi dan selawat ke atas keluarga baginda.Hari ini saya nak kongsi tip membeli belah di atas talian.Mungkin ramai yang selalu menggunakan kaedah ini.Di samping mudah dan cepat, kadang-kadang harganya pun lebih kurang dengan harga di offline.Ataupun ada yang lebih murah kerana harga termasuk kos penghantaran.Saya adalah pembeli tegar shopping online.Huuhu..sebab jarang dapat keluar shopping lagipun masa yang ada amatlah terhad.Lagi-lagilah  bila dah ada anak kecik ni, semakin sukarnya pergerakan  saya.

Sebelum tu, awal-awal saya nak bgtahu, tip yang nak saya kongsikan ni adalah atas pemerhatian dan pengalaman saya sahaja.Jika ada yang menambah, silakan :D

Ok,


  • Sebelum hendak membeli belah kena dulu bandingkan harga.Bukan saja harga, tetapi kualiti barang juga penting. Blehlah search kat google, jika berkenan nak beli barang lepas tu blehlah pilih, 'kedai' mana yang lebih murah dan berbaloi untuk membelinya.
  • Jika dah berkenan bolehlah pilih mana satu idaman kalbu.Sebelum tu, kena pastikan dulu macamana feedback / testimoni kedai tersebut.Ramaikah pembelinya, apa pendapat pembeli-pembelinya.Nak dapatkan kepastian lagi ,cuba cari Fanpage FB nya.Kat situ kita bleh lihat berapa ramai yangLike, komen dan bagi testimoni.
  • Bagi kedai online yang menggunakan sistem cart, saya nasihatkan sebelum membuat apa-apa pembayaran , ada baiknya anda cuba hubungi empunya kedai.Bimbang empunya kedai terlepas pandang atau terlupa nak update stok.Sekarang ni , amat mudah sebab kebanyakkan empunya kedai meninggalkan no hp serta alamat emel di kedai mereka.Call atau sms atau emelkan mereka terlebih dahulu, untuk memastikan barang yang kita inginkan ada stok yang mencukupi.Ataupun tinggalkan komen , pm inbox mereka di FB untuk mendapatkan maklumat segera.
  • Pastikan barang yang anda hendak beli itu, anda dah tahu sedikit sebanyak maklumat mengenainya.Contohnya, baju jubah, ukuran badannya, jenis kain nya, warna dan sebagainya.Supaya tak lah menyesal di kemudian hari.
  • Bila dah puas hati dengan semuanya, blehlah mintak resit /bill mengenai jumlah bayaran yang tepat berserta kos penghantaran (jika ada).Apabila jelas mengenai semuanya, bleh lah transfer wang ke akaun empunya kedai online tersebut.
  • Selesai sahaja transfer wang, jangan lupa untuk emelkan bukti pembayaran.Nak cepat sms kan saja notification yang anda terima di hp dari pihak bank.Ini sebagai makluman untuk pihak empunya kedai yang kita telah menjelaskan pembayaran.Oh ya, jangan lupa minta tracking number pos, supaya kita dapat menjejaki barang yang kita beli.Saya sebenarnya jarang minta tracking number, tapi bila rasanya barang tu lambat sampai barulah saya minta.


Oklah...itulah sedikit sebanyak info dan tip yang saya boleh bagi menurut daripada pemerhatian dan pengalaman saya...Selamat shopping Online.


2 comments:

ummufatihah said...

ASsalamualaikum,

Nice one sis... :)..

Mun ada masa, share juak tips2/ links meli barang kraf online; button, felt, kain cotton etc..

I would love to read about it...

Ummu Nazunana said...

wa'alaikumsalam...akan cuba di usahakan :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.