Thursday, February 16, 2012

Kisah Sebiji Kek

Assalamualikum wbt...

Lama dah tak mencatat sesuatu.Banyak benda yang nak dicatat sebenarnya, tapi bila mood x de..idea nak  mengayat ( lebih kurang nak buat ayat la maksudnya kot..hehe) tak da la plak.Rutin yang sememangnya bz bertambah sibuk, menjadikan nak berblog pun tak bersemangat jer rasa.Nuha pun dah semakin demand sekarang ni tau.. kalo dulu bagi susu, dia terus tdo.Tapi sekarang bagi susu, tak mo  tido-tido la plak.Ajak teman bermain-main gurau2lah , timang-timang la...haihh...nak buat keja pun asyik tertangguh.Cuma malam jer, lepas maghrib dia dah mengantuk sangat-sangat.Dan terus tido sampai ke pagi.So, memalam la pulak saya bleh buat kerja rumah yang tertangguh dan berehat2.

Malam tadi sempat menyempat la jugak saya buat kek kunun2 untuk  besday abah diorang.Kek coklat tanpa telur.Kek simple jer...tak yah guna mixer pun, sebab tu lah saya berkenan sangat nak buat.Almaklumlah mixer yang saya ada jenis yang bising , agaknya satu kejiranan boleh dengar.Hah! Lgipun dah tengah-tengah malam kan, mesti ramai yang dah tidur.Lagipun kalau saya guna mixer tu, alamatnya tak menjadilah projek saya tu, Nuha sudah pastinya akan bangun nanti.

Dan inilah hasilnya....


tak reti nak deco cantik2..


Apapun, saya doakan terbaik untuknya...majujaya dalam lapangan dia ceburi, di murahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi keberkatan umur, sihat walafiat selalu...amin..


p/s: Terima kasih tak terhingga untuk my SIL di atas coretan puisi nya itu.Sungguh syahdu :)








No comments:



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.