Monday, January 30, 2012

Bacalah anak-anakku...

Assalamualaikum wbt....rasanya tahun ni jadual rutin saya agak padat sekali, di samping mengurus bayi kecil, ditambah kan pula nak uruskan anak-anak yg besar.So, malam tadi saya berkesempatan menjadi guru mengaji dan guru membaca untuk anak-anak saya.Fuhh...lama dah tak ajar diorang.Sepanjang kehamilan yg lepas, banyak juga lah ketinggalan bacaan Iqra' dan Al Quran mereka.Guru mengaji x dpt nak ajarkan, nak duduk lama-lama kaki bleh jadi cramp la plak.Almaklumlah..time jadi mak buyung ni mcm2 je sakit timbul.Lagi satu, asyik nak marah2 pn ye ;p Kesian diorang..

So, malam tadi terhegeh-hegehlah mama diorg ni mencari buku 'Mari Baca' anak-anaknya.Sib baiklah masih tersimpan kemas lagi kat rak buku diorang.Alhamdulillah...rasanya buku yang ada complete kot.Dari Buku 1 hingga buku 7 kalau tak silap.Lama dah buku ni suami saya beli, dalam awal tahun 2002 ke kalo x silap.Bermula dari anak saya yang sulung.Dia belajar membaca ,time tu saya yg ajarkan.Almaklumlah anak masih sorang, bila dah anak kedua, ketiga, saya dah tak berkesempatan sangat dah nak ajar diorang.Kesian rasanya.Sebab bebanan kerja makin bertambah masa tu.Tapi Alhamdulillah, sebelum naik tahun 1 mereka dah lancar membaca.

set buku Mari Baca.Blank jer muka surat dia, tak bergambar.Sebab masa ni belum ada lagi buku belajar membaca yang cantik-cantik mcm sekarang ni.

Ha yg ni buku bacaan 1.Tengoklah lusuh jer buku ni.Tapi masih dapat guna lagi , insyaAllah utk beberapa generasi :)      

Tarikh-tarikh yang kat atas tu saya catit supaya bleh ingat bila saya ajar mereka baca.

Last but Not least,

Harapan saya dan misi saya tahun nak suh dak montel ni  pandai membaca.InsyaAllah.


"Membaca Itu Kunci Segala Ilmu"






2 comments:

ummufatihah said...

Assalamualaikum Mai,


Amat comelnya Nabiha... Lamak dah sik jumpa sidak tuk, sampei terpaksa fikir sebelum nak nyebut nama. Bukan lupak, tapi dah susah nak letakkan nama sapa pada gambar sapa (Untuk kes Nabila dan NAbiha)

Rasa macam Nabiha masih baby lagik... Kinek tuk dah jadi embok baby.. :)

Tabik spring sebab dapat nyimpan buku ya lamak. Kata orang, berkat mun rami org dapat makei sesuatu ya.. :)

Ummu Nazunana said...

waalaikumsalam..

makin gendut n montel..terpaksa suh berdiet..kunun2.

Sayang kmk ngn buku2 ya m.yah.Lagipun ngajar pakey buku ya nang bkesan utk sidak2 sbelum tok.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.