Wednesday, October 5, 2011

Syair-Syair Indah 4

Assalamualaikum...entri kali ini adalah sambungan daripada entri saya yang lalu iaitu Syair-syair indah 2 , Syair-syair indah dan Syair-syair indah 3 . Syair-syair ini saya petik dari buku terjemahan oleh Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi iaitu syair-syair (Qasidah al Burdah) karangan Imam Al Busairi.Tajuknya, Puisi Puji - pujian kepada Sayyiduna Rasulullah saw.


Bab 4 : Peristiwa Di sekitar kelahiran kekasih kita Rasulullah saw.
Buku Qosidah Al burdah Imam Al Busairi
(terjemahan Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi )

Kelahiran Nabi saw membuktikan kebaikan asal keturunannya.Alangkah bahagianya orang yang baik permulaan keturunannya (Adam a.s) dan baik hujung keturunannya (Abdulllah ibn Abdul Muttolib).

Dikala itu, orang-orang Parsi (Iran) telah menduga bahawa mereka pasti akan ditimpa bencana dan penderitaan.

Iwan (singgahsana) Kisra (Raja Parsi) menjadi retak dan pendukungnya menjadi bercerai-berai.

Api simbahan mereka terpadam kerana kesusahan dan mata air sungai (Sungai Furat) menjadi kering kerana kesedihan.

Buruk sekali nasib penduduk di sekitar Tasik Sawat.Airnya kering meresap ke dalam bumi dan pengunjungnya yang haus terpaksa pulang dalam keadaan yang sangat marah.

Seakan-akan air yang basah (Tasik Sawat) menjadi kering kerana sedih dan seolah-olah api yang menyala (api sembahan Majusi) menjadi padam kerana dukacita.

Manakala bangsa Jin pula berteriak-teriak memberitahu kelahiran manusia agung.Cahaya benderang memancar ke langit.Ini petanda kebenaran tidak lama lagi akan muncul, baik melalui ucapan ataupun keadaan.

Namun hati yang keras tetap buta dan tuli dari mendengar berita kebenaran dan tak ambil peduli melihat cahaya matahari.

Setelah ramai kalangan yang mendapat berita dari pendita-pendita mereka, bahawa agama mereka yang tidak lurus itu tidak akan tertegak lagi.

Dan setelah mereka menyaksikan tahi bintang yang dilemparkan dari ufuk langit, berbetulan dengan robohnya berhala-berhala yang ada dimuka bumi.

Sehingga syaitan-syaitan itu lari berselerak, yang satu mengiringi yang lain, kerana mengelak dari arus wahyu yang diturunkan.

Mereka lari kucar-kacir laksana tentera Abrahah atau bagaikan tentera musyrikin yang telah dilempar batu kecil oleh kedua tangan Baginda saw.

Anak batu itu dilemparkan setelah ia bertasbih di kedua tapak tangan Baginda saw, seperti meluncurnya seorang yang membaca tasbih (Nabi Yunus saw ) dari perut ikan Nun.



1 comment:

ummufatihah said...

Assalamualaikum Mai,

Kacak cerita ya.. :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.