Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan & Projek terakhir

Assalamualaikum...kejap jer masa berlalu.Dah nak masuk Ramadhan balik.Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan lagi.Jadi sebelum Ramadhan menjelang tiba, maka sempatlah saya menyudahkan beberapa projek 'kerastangan' saya.Sebenarnya, projek ni dah lama nak buat..tp disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, maka ianya tertangguh.

Bukan projek apa pun..cuma dah janji dengan kedua anak-anak perempuaan saya, nak buatkan mereka beg duit untuk simpan wang saku sekolah.Pada mulanya, nak buatkan daripada kain felt jer, oleh kerana kain felt ni kurang tahan lasaknya..jadi saya mendapat idea dengan membuat menggunakan pvc sheet.Kiranya, agak tahan lama juga la kot..pvc sheet ni ala2 leather gitu..tp kalo dibandingkan dengan leather, kualitinya agak kureng sikit.Tapi ok laa...kalo d bandingkan dgn kain felt.Dan hasil yang dapat saya buat seperti gambar di bawah...

Tadaaa! dua beg duit yang telah saya siapkan..


Ada zip sekali...jahit tangan jer..dan memang 100% handmade.Tak de mesin jahit...huhu

Sama tapi tak serupa...design simple jer...malas nak fikir2 dah..janji siap ;p

Neck strapper - lebih kureng gitu la namanya..atas permintaan kawan2 Nafisah..senang nak letak kunci locker katanya..


Itu lah saja projek yg dah siap tu...alhamdulillah...selesai semuanya.Dapatlah tumpukan sepenuh masa pada Ramadhan yang akan tiba nanti...InsyaAllah...Akhir kata dari saya, selamat menyambut Ramadhan al Mubarak..semoga Ramadhan ini memberi pengertian yang sungguh bermakna untuk kita semua....amin...

MysDear: berharap sangat dapat tamat posa tahun ni..semoga diberi kekuatan ...amin!

4 comments:

ummufatihah said...

Cantek... :)

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak untuk kitak org sekeluarga... :)

Macam ni rasa njait PVC ya?.. Susah kah senang berbanding felt?... nang menar juak ooo.. Felt ya sik tahan lasak gilak ooo...

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

salam akk ,

cntik sgt hasil kerja akk ... thanx again 4 the sweet gifts ! menyusahkan akk je yer ... moga brtmbh murah rezeki lepas ni yer ...

take care n slmt berpuasa dari Hanie ! ;)

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...
This comment has been removed by the author.
Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...
This comment has been removed by the author.


Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.