Tuesday, May 17, 2011

Kenangan Lama, Sahabat Lama

Assalamualaikum..

Lama juga dah tak aktif berblogging.Menitip sesuatu di sini.Tadi tergerak hati nak menyinggah terus saya log in.Kesibukan itu kadang-kadang dah menjadi rutin kehidupan saya sekarang.Sehinggakan saya rasa, ada waktunya ianya telah mematikan idea saya yang sedia ada buntu ini.Ingin saja rasa hati nak berbicara di sini, tapi.. otak beku!

Walaubagaimana pun dalam keadaan otak yang beku tu, ada jugak lah entri yang saya taip, yang belum sempat saya post di sini.Alang-alang dah cerita panjang-panjang rugi pulak rasanya tak di pos di sini..


Entri tertunda : 17/04/2011 3:28pm

AsSalam...tak banyak yang nak diperkatakan sejak kebelakangan ini.Setelah mengalami alahan separa teruk, akhirnya keadaan saya 'pulih' sedikit demi sedikit.Mood nak menaip sesuatu di sini mula kembali bergiat ligat.Boleh lahh...InsyaAllah...walaupun sepotong ayat kiranya.Alhamdulillah...segalanya saya tempuh dengan sabar, sebab saya tahu sampai masanya nanti keadaan kembali normal seperti biasa.Nasib baik , suami amat memahami dan ringan tulang untuk membantu dalam melangsaikan kerja-kerja rumah.


Oh ya, baru-baru ini saya balik bertandang ke kampung halaman.Dalam tempoh satu minggu, agak sudah cukup untuk melepaskan kerinduan kepada keluarga dan adik-adik.Di layan seperti 'permaisuri' selama seminggu , siapa yang tak suka kan ;p Hal masak memasak serahkan kepada mak.Memang misi utama balik kampung nak makan masakan mak.Alhamdulillah....balik jer sini, keadaan saya kembali normal seperti biasa.Pening-pening dan loya dah hilang sedikit, alahan bau pada keadaan sekeliling kian hilang.Dan yang menggembirakan, saya dah dapat menjalani aktiviti memasak seperti biasa.


Hamboii...panjangnya mukaddimah.Berbalik dengan tajuk di atas...tadi semasa sedang sibuk buat laundry, tiba-tiba teringat kepada sahabat lama.Sahabat lama aka rakan sekerja saya yang dulu.Walaupun kami berlainan bangsa, dia memang seorang sahabat yang baik.Kami sering bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai topik perbualan kami.Termasuk hal-hal cara dia mendidik anak-anaknya (yang ketiga-tiganya merupakan best student di sekolah setiap tahun, dan yang sulung melanjutkan pelajarannya nya ke luar negara)Sampai sekarang, saya masih ingat, kata-kata dia yang masih melekat semat di benak fikiran saya , iaitu 'more you give, more you get'.Memang saya akui dia seorang yang pemurah.Dia berpegang kuat pada kata-katanya.Tak hairanlah, rezekinya memang murah setiap hari.Itu memang saya akui.Dan dalam agama kita, Islam itu sendiri memang selalu menekankan hal-hal sedekah dan hadiah.Dan ianya mempunyai banyak fadhilat.Nak cerita tentang fadhilatnya memang tak tercerita di sini.Dan mungkin di kalangan anda yang lebih tahu mengenai hal ini.


Memang saya amat merindui sahabat saya itu.Terputus hubungan dengannya sebab kami telah membawa haluan masing-masing.Beberapa bulan setelah saya resign hari tu, saya dapat berita dia telah ambik pencen awal disebabkan masalah kesihatan.Simpati rasanya..Tapi saya yakin keputusan yang dia buat itu adalah keputusan yang tepat.Dan doa saya, semoga dia bahagia selalu di samping keluarganya...dan mana tahu, Allah memberi hidayah untuk dirinya.Amin.

4 comments:

ummufatihah said...

SAlam Mai,


Welcome back dan semoga sentiasa sihat ya... :)..

Dalam nada berbisik, kelak nak ngirum agik mun bang ya balit, tekabir sik?.. :)

blackcardomompods said...

lama tak membaca tulis mar...tulisla..byk2..tak sangka kita sejiwa,sedang membicarakan tentang insan yang bernama sahabat yg baik tetap akan di kenang walaupun jauh terpisah kan?

luv_hunter said...

xnak kawan ngan akak da..........huuuuuuuuu~~ T_T

Ummi Hanie said...

salam sis ,

wah bestnye dpt blk kmpg halaman yg tercintaaa ... jadi queen lagi...best2 ! :)

hanie pun ade juge rindukn seorg kawan baik di skolah mngh dulu...tp xtaulah bgmn dgn dia kan...ada contact2 kat FB tp gitu2 ajelah



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.