Monday, January 3, 2011

Tahun Baru :Kena perbetulkan niat dahulu

Opss! baru saya tersedar, dua hari lepas saya tak buat apa-apa entri pun sempena 1 januari 2011.Alahai....ruginya.Bukan apa, cuma sebagai rekod di arkib blog.Tapi tak pa, hari ni 3 Januari pun kira ok jek kan :D

So, macamana dengan tahun baru ni? semangat ke tak? hihi... Tahun baru sudah tentunya azam pun baru kan.Jika ada azam yang tertunda pada tahun lepas, harap tahun ni dapatlah kita merealisasikannya.Menyebut mengenai niat, terpanggil saya untuk menyuarakan pendapat di sini.

Apapun azam tahun baru, kena perbetulkan niat terlebih dahulu.Apa-apapun niat yang kita ada, pertama sekalinya biarlah kerana Allah.Tak kiralah azam kita tu untuk diri sendiri ke, ahli keluarga ke ataupun untuk anak-anak kita.Contohnya nak berniaga, niat kerana Allah.Niat nak hantar anak ke sekolah agama pun kerana Allah.Hinggalah nak belajar pun, saya tekankan kepada anak-anak dan pesan kepada mereka, belajar kerana Allah.Bukan sekadar lulus peperiksaan jer.Di samping berpesan-pesan kepada anak-anak,saya berharap pesanan tu akan tempias balik kepada saya.Sekurang-kurangnya, dapat membuatkan saya sentiasa bermuhasabah diri untuk diri saya sendiri.InsyaAllah..Sama-samalah kita beringat.Maaf kalau ada kata saya yang tersilap.Perbetulkan ya.

Sebenarnya,dua tiga hari ini saya agak 'kesibukan' sedikit memandangkan nak buat persiapan terakhir untuk anak-anak ke sekolah.Nasib baik baju sekolah Nabila sudah saya belikan pada bulan November tahun lepas.Lega sikit..Kalau tak terpaksalah  berasak-asak ke pasaraya.Tadi semasa pergi ke Giant, saya tengok kereta-kereta penuh jer membanjiri ruang parkir kereta.

Tapi Alhamdulillah..selesailah sedikit sebanyak urusan berkaitan persiapan sekolah anak-anak..Yang tak pentingnnya di kemudiankan dahulu.Hmm...oklah kena beransur dlu..lewat sudaa.....ok...mornite!

wassalam....

Gambar ni d ambil masa Nabila pergi Hari orientasi pada 29 Dis 2010 yg lepas.Suka betul dia makan kopok lekor goreng tu.Siap pesan2, lainkali nak beli lagi nak bekal duit sringgit.;p

6 comments:

Ummi Hanie said...

Salam akk ... slmt tahun baru ! alah takpe,Hanie pun lewat sikit wat entry new year ni...

yup betul tu kata akk,yg pnting niat kita kena betul ...krn Allah...

blackcardomompods said...

salam dear- salam tahun baru

lum terlewat lagi utk ucap hNY kan?

dear, nk tanya duit bekalan tu wajib bagi ke?berapa kena bagi?takut terlebih bg,nanti hilang ke apa.

kalau bg bekal je,agak2 ok ke?sorry byk tanya pasal anak ct pun gonna tahun satu bila kami pulang nanti.

ummufatihah said...

Salam Mai..

Nabila dah masuk tahun satu ehh... Comelnya makei baju skolah... :)... Sunyilah bb..

MysDear said...

Hanie ~ terlewat skit buat entri ri tu hanie...sibuk sikit pasal preparation anak ke sekolah.

a'ah...muhasabah diri.perbetulkan niat.


Ct ~ selamat tahun baru jgk utk ct ye.Tentang wang saku tu, terpulang pd ct nak bagi ke tak.Mcm saya dan suami kena bagi sekurang-kurangnya seringgit ataupun dua ringgit.Walaupun kenkwan diorang yg lain sampai 10 ringgit sehari.
Bukan apa, takot emergency.Mana tahu bekal air diorang abis ke.Sbb anak2 saya bersekolah dari pagi sampai ptg setiap hari.
Kalo nak bekalkan mereka pn , lg baik.Bleh jimat dan makanan yg mereka mkan kta lebih rasa yakin perihal kebersihannya dan x lupa kehalalannya :)


Ummufatihah ~ baju sekolah beli d kedey jak m.yah...mamanya sik reti molah...mesin jahit pn sik da :D gney baju2 sekolah anak2 ktk? sempat siap? :)

ummufatihah said...

Salam MAi..

Strategi hancus.. nang sik dpt curi masa... Alhamdulillah cek Net dah balit.. Insya'Allah this weekend.. Sian niat seluar fatihah dah bergantungan di atas buku lali... :)

kayteeze said...

Salam Dear, alaahai.. comelnya Nabila tu. Nabila bersekolah di mana ? Anak kak tie pun suka makan kopok lekor tu, tapi dia tu tak boleh silap makan, kulit dia sensitif sikit.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.