Monday, December 13, 2010

Saya surirumah yang masih belajar...

Salam hari isnin semua.....hari pertama turun bekerja, bagi yang bekerja.Yang tak bekerja pulak, rutinnya tetap sama.Hari ni, Alhamdulillah...rumah agak kemas.Setelah beberapa hari, 'pekerja'nya MC ;p Luas mata saya tengok rumah yang kemas dan teratur.Almaklumlah, anak-anak cuti.Faham-faham jerla ye.Rumah macam kapal pecah pun ada.Berbeza kalo musim persekolahan, memang rumah ni jarang sangat dapat tengok bersepah.Sebab saya dan Nabihah jer di rumah.Nabihah pun tak de teman nak sepahkan rumah.Paling tidak, sepah tang vcd jer la.Itupun saya dah pesankan awal-awal selepas tengok, kena simpan balik.



Begitulah rutin saya di rumah ni sejak bergelar suri rumah sepenuh masa.Kerja tak tentu masa.Kalau orang opis kerja 8 jam sehari, saya pulak 24 jam sehari.Itupun kalau ada pembantu rumah yang tolong (untuk mereka yang bekerja ni ).Balik rumah dapatlah nak goyang kaki kejap.Macam saya dulu-dulu ;p ..Kalau tak da pembantu, suami pun terpaksa turun padang untuk membantu.Alhamdulillah, suami saya pun banyak juga membantu kerja-kerja rumah sejak tak da pembantu setahun yang lepas.Nafisah sebagai kakak sulung pun memang banyak membantu saya membuat kerja rumah.Seperti, memasukkan pakaian dia dan adik-adik ke dalam mesin basuh dan set up mesin otomatik tu.Dan selepas tu tolong sidaikan sekali.Tanak nasi, cuci pinggan mangkuk, teman Nabihah mandi dan seterika baju sendiri.Tapi yang tak bestnya, setiap kali kena keluar arahan.Kalo tak kerja tak jalan....alahai...penat mulut ni dibuatnya.



Mungkin saya sebaya dia dulupun macam tu jugak.Kanak-kanak riang katakan.Bermain lebih seronok dari buat kerja rumah.Memang itu lumrah kanak-kanak.Lagi-lagilah kanak-kanak sekarang, kematangan nya agak lambat nak capai.
Terutamanya, bab-bab yang berkaitan urusan rumah tangga.Sebab saya yakin dan percaya, setinggi-tinggi belajar seorang perempuan tu, akhirnya ke ceruk dapur jugak.Yalah, bila dah kahwin nak tak nak ada urusan rumah tangga kena settle kan sendiri ye tak.Bila dah kahwin, kena ada rumah sendiri.So, apa yang berlaku di rumah atau di dapur, si isteri lah yang banyak mengambil peranan penting.Belum part didik anak lagi.Allahuakbar....besarnya tanggungjawab sebagai suri sebenarnya.(Membebel la pulakk... ;P )

Apapun, saya masih belajar lagi.Banyak benda yang selama ni saya terlepas pandang.Banyak benda yang selama ni, yang perlu saya perbaiki.Terutama diri saya sendiri.Hikmah saya berhenti kerja, mula kian nampak dah sekarang.Alhamdulillah....Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

3 comments:

Ummi Hanie said...

Same with me sis...goyang kaki time blogging je le...hehe...xper asalkan sntiasa psg niat nk terus blajar n baiki diri ;)

ummuamin. said...

Assalamualaikum ya habibty mysdear.

Alhamdulillah akak sihat2.cuma sibuk sdikit sejak kebelakangan ni.lepas sume kerja settel akak akan update baiti akak tu.hehehe.

semoga habibty dan family sentiasa dlm lindungan dan pemeliharan Allah hendaknya.ada facebook ta? klu ada boleh akak add habibty.

luv_hunter said...

penat...tapi sronok kak wat keje2 umah neh..hehe



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.