Friday, December 10, 2010

Sakit itu satu nikmat

Salam Jumaat semua..semoga hari ini dilimpahi keberkatan dan rahmat olehNya.Diberi kesihatan yang baik dan yang paling penting semoga masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah swt ini.

Lagi tentang sakit, hilang demam, sakit suara...sekarang dihinggapi sakit gigi la pulak....sakitnya hanya Dia yang lebih mengetahui.Ni bukan kes gigi berlubang ke apa.Tapi nak tumbuh gigi bongsu.Sakitnya...Allahuakbar...rasa nak menitis jer air mata ni.Nak makan pun payah...Ini merupakan kali keempat dah (harapnya kali terakhir) nak tumbuh gigi.Maknanya inilah gigi yang terakhir yang nak menumbuhkan dirinya...

Google

Nak pergi klinik, takut dicabutnya gigi tu.Adoyai...trauma sebenarnya.Sebab sebelum ni, pernah jugak kena cabut si gigi bongsu tu, dan beberapa hari kena ambil MC.Muka bengkak semacam, macam kena beguk pun ada.Haihh...memang serik rasanya, taubat tak nak cabut lagi.

Malam tadi, sebelum tido sempat telan dua biji panadol.Sebab dah tak tahan sangat menanggung kesakitan.Lepas tu, tempek jer lah dengan 'cool fever' stok simpanan untuk anak-anak masa demam.Baru kurang sikit rasa sakitnya.Sejuk jer....

Memang apabila kena sakit-sakit begini, baru kita menghargai nikmat ketika sihat.MasyaAllah....Tapi jangan lupa, sakit itu juga nikmat.Mulalah kembali bermuhasabah diri......Astagfirullahal'azim...semoga Allah ampunkan dosa-dosaku yang lalu ...amin...


MysDear - bahasa berterabur....belasah jer lah ;p

4 comments:

Ummi Hanie said...

As salam akk ku Mys ...

Sabar yer....erm mcm ada chemistry plak kite yerr...mmg saket nk tumbuh gg bongsu ! adn FYI , Hanie pun baru lepas azab sengsara sakit gigi jugak , sakit kepala bawak sampai ke bahu berdenyut...n last week Hanie g cabut gigi bongsu tu ! dah pecah dan berlubang...xleh nk tampal,pastu muka pun jadi bengkak la kejap,nk makan pun susah...

takpe kak,cabut je...akk dah xkeje kan?hehe....bawak bersabor ye..Hanie baru je pulih ni,luka cabut dah kering dan xbengkak mcmm beguk lg

luv_hunter said...

sakit - tehapus dosa2 kecik....hmmmmm~

Sakinah said...

Salam kak,

Betul tu..bila sakit, lebih banyak kita ingat Allah dan muhasabah diri..tiada yg Allah jadikan sia2 :)

MysDear said...

w'ssalam...

Hanie...Alhamdulillah dah elok skit.Daripada kena infection kat gusi..melarat jadi ulser.Ya Allah...sakit tak terkata.Gara-gara gigi tu jugek la rasanya.
Nak cabut?? takot la hanie....mmg trauma sgt2....Gigi tu masih elok dan tak berlubang papa.Cuma silap agaknya, akak tak memberus dgn betul..

Agaknya kita betul2 ada chemistry, bezanya..hanie ni brani orgnya..akak ni penakot ;p


Eya ~ lama tak nampak die...ye betul kata eya tu..sakit menghapuskan dosa-dosa kecil :)



Sakinah ~ di sebalik kesakitan, pasti ada hikmahNya.Alhamdulillah...semoga akak terus merasa redha di atas apa yang Dia beri :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.