Sunday, December 12, 2010

'Nikmat' itu datang bertindih-tindih....

Assalamualaikum semua...Salam berhujung minggu bersama keluarga tersayang.Makan apa jer tengahari ni? Tengahari ni, saya belum terfikir lagi nak masak apa.Cuma ayam yang sejuk beku masih berendam lagi dalam besen besi di dapur tu.Ayam jerlah makanan kegemaran anak-anak...kalau ikan, ada yang sanggup tak makan nasi sebab tengok lauk ikan.



Allhamdulillah....sakit a.k.a 'nikmat' yang saya lalui sebelum ni kian beransur pulih.Lepas satu , satu pula yang datang.Alhamdulillah....semuanya saya lalui dengan hati yang redha dan memberi waktu untuk saya memperbanyakkan muhasabah diri.Berbanding dulu, saya mudah sangat nak mengeluh.Sakit tu satu bebanan, satu musibah yang paling berat untuk saya.(Saya harap saya tak kan di uji dengan kata-kata saya ini lagi).

Google


Apa yang saya belajar ialah redha dengan ketentuanNya memang amat penting dalam hidup.Kena anggap setiap satu ujian atau musibah ada hikmah disebaliknya.Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita.Allah takkan menzalimi hambaNya.Allah uji atas kudrat apa yang kita ada.Mungkin ada baiknya selepas ni kita tukar pandangan minda kita, hati kita...Musibah , sakit , ujian itu juga satu nikmat yang harus disyukuri.Kerana hikmah yang tersembunyi disebaliknya, merupakan nikmat yang paling indah, mungkin sesuatu di luar jangkaan kita.

4 comments:

blackcardomompods said...

Alhamdulillah sihat jua.lps ni leh pi jln2 .ank2 cuti kan?

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam kak,
lama betul tak BW... betul, sakit itu nikmat, kan kak. fiza dilanda sakit, 2 minggu lepas, seluruh keluarga sakit. sakit mata, tapi, syukur, atas nikmat sakit dan nikmat sihat....
kita sakit krn Allah sygkan kita, kan kak...
semoga akak cepat sembuh yer.

Ummi Hanie said...

as salam sis...

sakit gigi aritu mcmmna ? dah cabut belum?kalau tak rosak doktor tak cabut pun kan..maybe tampal aje...

sabar ye sis.sakit tu utk tingkatkn darjat kit adi 'sana' kan?amin...

MysDear said...

Ct ~ InsyaAllah..jika xde aral melintang...nk bwk anak2 jalan2...


Fiza ~ alahai..kesiannya...patut lama x nampak fiza :)
Thx fiza...semoga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur :)


Hanie ~
x cabut la hanie, cuak sgt rasanya.Memang gigi tu still ok lagi.yg x oknya...gusi yg berdekatan kena ulser plak.Cabaran sungguh time makan ;p
thx hanie...tgh belajar utk lebih sabar :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.