Friday, December 31, 2010

Menjelang tahun Baru 2011

Salam...Tahun baru Hijrah sudah pun berlalu.25 muharam dah ni.Esok pulak baru nak masuk tahun baru masihi, 1 Januari.Tahukah anda, umur kita jika dikira mengikut tahun hijrah ianya lebih berusia dari umur pada tahun Masihi.Yup! itu adalah fakta.Bukan auta k!

Ok, so apa azam baru anda? Saya , sudah tentunya dah sedikit sebanyak nak tanam azam.Banyak perancangan yang menanti di tahun depan.Hal-hal berkaitan dengan famili, diri sendiri ( blogshop ) dan anak-anak terutamanya.Bagaimana dengan anda pula? Saya pasti banyak perancangan dan azam yang sedang terlakar di minda kan.:)

Apapun, saya doakan semoga apa yang saya rancangkan untuk tahun baru ni akan berjalan dengan lancar.Dipermudahkan olehNya.Begitulah juga untuk anda semuanya.
Amin...rabbal'alamin..

6 comments:

Jojoe said...

askum kak ain...

selamat tahun baru akak! moga akak sekeluarga diberkati Allah..Amin,,

kayteeze said...

Salam Dear,

Tentu sibuk dengan persiapan persekolahan anak-anak . Semoga tahun baru ini terisi dengan kemanisan Dear sekeluarga.

blackcardomompods said...

Salam dear,

selamat tahun baru,semoga di beri limpah rezeki yg berpanjangan

Ummi Hanie said...

Salam akak dear ,

Selamat tahun baru ... semoga ia mmbawa berkat dan rahmat melimpah ruah kpd kita..amin...hanie still dulu dgn azam sblum ni yg masih ada belum tercapai...blog dah tukar cat sikit nampak ? ;)still sweet...

ummufatihah said...

Salam Mai..
Semoga maju jaya dan diberkati Allah dalam semua urusan...
M yah masih terkapai2 tuk.. :)... Sedang dalam proses menyesuaikan diri... Banyak muhasabah semasa ketiadaan pembantu.. :)

MysDear said...

Anis, Kak Tie, Ct, Hanie dan Ummufatihah ~ selamat tahun baru 2011, semoga kejayaan dan kebahagiaan milik kita bersama.Allah rahmati kalian :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.