Wednesday, December 29, 2010

Bola...bola..bola lagi!

Assalamualaikum...masa menaip ni, suami dan anak lelaki saya, Zubair sedang rancak melayan perlawanan bola sepak yang begitu sengit dan hangit antara Malaysia dan Indonesia di tv.Saya? kurang berminat nak tengok.Tak macam World Cup yang lepas.Sebenarnya saya bukanlah peminat bola sepak yang tegar.Dan percayalah, trick bermain bola, satu apa pun saya tak faham! siyes! huhu...


Dan sebenarnya, malam ni saya agak keletihan dan ada blur sedikit.Keletihan disebabkan siang hari tadi pergi menemani Nabila pergi mendaftar ke sekolah nya dan sekaligus menjalani sessi orientasi.Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.Dia begitu terlalu excited sangat nak ke sekolah hari ni.Bermula minggu hadapan, dia akan bersekolah seperti biasa.

oklah...takde cerita dah rasanya.jumpa lagi nanti ye!Alamak, Indonesia dah menyamai gol!

wsalam...

2 comments:

Jojoe said...

anis pun xminat bola sgt kak...off side pun xtau apa kebenda..heehehehe... tp bila malaysia atau kedah main tetiba semangat jer nk nengok..hehehe

MysDear said...

hehehe..samelah kita...kalo org tanye gerenti x reti nk gtau apa.Pernah jugak kena gelak oleh hubby dan anak lelaki akak...hampeh jer ;p



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.