Wednesday, November 3, 2010

Tak perlu telan Panadol!

Salam hari Rabu...Alhamdulillah bertenaga jer rasa setelah dapat menjamah hidangan tengahari tadi.Hidangan agak simple, tapi memang agak menyelerakan.Ikan sepat masin goreng dan sayur cempedak masak lemak.Sedap dan menyelerakan.Bukannya saya nak kata masakan saya sedap, tetapi makan dalam keadaan yang benar-benar lapar memang amat nikmat! :D pernah tak anda alami perasaan sama seperti saya? pernah kan?kan?? ececece...jangan nak tipu :P



Sebenarnya, entri yang sebelum ni merupakan entri autopublised yang saya sediakan malam tadi.Khuatir blog kosong tanpa apa-apa entri, jadi saya taipkan apa sahaja yang terlintas di hati dan dari sumber yang saya baca.Rentetan dari entri sebelum ni, saya nak sisipkan pula satu entri berkaitan dengan ubat hati.Artikel asalnya saya perolehi dari artikel daripada hasil penulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod.Jadi di sini, saya ringkaskan seboleh mungkin untuk saya dan anda untuk mengkoreksikan diri.InsyaAllah..





Ubat kepada hati :

  • Hendaklah sentiasa berbaik sangka kepada sesama manusia.Orang yang berbaik sangka akan mendapat pahala kerana terang hatinya dan tidak dicemari dengan sifat keji.Abaikan sahaja untuk memikirkan hal yang tidak berfaedah dan yang belum pasti kebenarannya.
  • Buanglah sifat hasad dengki.
  • Murah senyuman.
  • Hindari daripada sifat sombong, ujub , riyak, takabbur dan bongkak.Allah benci dengan sifat-sifat ini.
  • Hiasi diri dengan sifat pemaaf.
  • Perlunya sifat ikhlas semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah.
  • Membiasakan diri menghadiri majlis ilmu, kerana orang yang sentiasa menghadirinya akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah melalui barisan malaikat-malaikat yang membanjiri majlis ilmu untuk memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka.
  • Sentiasa berzikir mengingati Allah, baca Al Quran dan solat tahajjud di waktu malam.
  • Mendampingi orang-orang yang soleh.
  • Mengamalkan puasa sunat secara istiqamah.




MysDear - sesambil buat checklist untuk diri.Apapun Panadol tak baik untuk kesihatan.

2 comments:

ummufatihah said...

Salam:

Saya membaca dan berdoa kita dipermudahkan untuk mengamalkannya...

Yummy.. sedapnya makan... :)

MysDear said...

w'salam...

moga diberikan kekuatan...aduss!

makan sensorang...layan jgk..kikiki..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.