Tuesday, November 9, 2010

Posto..Posto!

Salam pagi Selasa..semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sebelum-sebelumnya.Kerja itu satu amanah.Tak kira lah kerja di opis atau di rumah.Apapun saya doakan yang terbaik untuk kita bersama.Moga redhaNya bersama kita sentiasa.

Masih ingat tak perkataan di dalam tajuk di atas? Jika ada yang meminati filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..pasti anda ingat.Dalam satu babak, seorang posmen menghantar surat kepada ipar duai watak Allahyarham P.ramlee ketika itu.Saya kurang pasti apa nama watak yang didokong oleh arwah ketika tu.Tapi yang pasti, perkataan 'posto-posto' tu melekat di kepala saya sehingga hari ni.

Gambar ihsan:Google

Maka, terimbaslah kenangan seusia remaja dahulukala....saat tu belum ada lagi SMS, Emel dan Internet seperti sekarang.Cuma yang ada surat-menyurat jerlah sebagai penghubung antara satu sama lain.Dulu, saya ada seorang kawan baik yang tersangatlah rapat.Kami kenal sejak sekolah rendah lagi tau.Memang boleh dikatakan kawan karib yang sangat akrab ketika itu.

Apabila masuk sekolah menengah, kami masuk sekolah berlainan.Nasibnya lebih baik daripada saya.Dia terpilih memasuki asrama penuh.Saya amat kagum dengan dia.Walaupun hanya dibesarkan oleh ibu tanpa ayah, tapi dia sentiasa menjadi pelajar yang cemerlang.

Gambar ihsan:Google

Semasa kami bersekolah menengah berlainan, hanya suratlah menjadi penghubung antara kami.Masih ingat lagi saya, saya pernah mengirimkan dia satu surat yang diletakkan didalam botol (botol plastik air mineral).Saya tempek alamat dia dibotol tu,dan saya letak setem 30sen.Huhuhu...memang best masa tu.Sekali-sekali nak cuba lain daripada yang lain kononnya.Pada perkiraan saya, sampai ke tidak itu belakang kira.Namun tak disangka-sangka, botol yang berisi surat tu selamat sampai kat dia.Apa lagi, dia terkejut badak lerr...Ekeke..tak sangka eksperimen saya berjaya :P Dan sekarang, dengan bangganya, saya cerita kat anak-anak saya.Wajah-wajah anak-anak saya yang takjub, membuatkan hati ini berbunga mekar setaman rasanya :D

Gambar ihsan:iluvislam.com

Namun, sekarang dah jarang sangat dah orang menggunakan perkhidmatan surat menyurat seperti yang pernah saya guna.SMS, Emel , YM dan sewaktu dengannya lebih ramai penggunanya berbanding pos surat menyurat.Apapun, zaman dah berubah.Inikan manusia.Saya telah putus perhubungan dengan dia.Lama tak dengar khabar berita darinya.Kali terakhir saya mendapat berita tentang dia, dari salah seorang kawan kami di FB (semasa saya aktif di FB dulu ).Saya dengar, dia dah kawen pun sekarang.Dan paling sedih..rumahtangganya sedang goyah.Benar ke tidak berita tersebut.Wa'allahua'lam.Tapi jauh di sudut hati saya,saya mengharapkan berita itu hanyalah sekadar khabar angin sahaja.Doa saya, adalah selalu yang terbaik untuknya.Walaupun mungkin dikala ini dia sudah melupakan saya.Kenangan tinggal kenangan.Tapi tak mungkin padam...

5 comments:

Ummi Hanie said...

Salam Mys ...

aah laa..zmn remaja dolu2 kite tak merasa pakai henset utk SMS,YM(xde internet) ... surat caraklasik tu je le...mujur x pos pakai burung kan ! hehhehe ...;p

erm,bpe umo Mys sebenanye ye?maaf le kalau spatutnye Hanie panggil akk tp xpanggil camtu plak...

ummufatihah said...

Salam Mai:

See.. I told you oledi... Rimo napok kuku.... Cuba galik gik sisi kreatif anda tu... :)

MysDear said...

Ummi Hanie ~ w'salam..hehehe..kalo gune burung tu..zaman moyang2 kite je hanie..ekeke..

ishh..hanie ni..small matter je.sy tak kisah pn nk d panggil apa.sy lahir thn 77..ha..kire2 ;p


ummu ~ w'salam...ishh...kuku sendiri tak cukup masa nak potong tau..mane ade kuku rimo lak ;p

ekekeke...lamak dah kutinggalkan kelas subjek kesusasteraan melayu.Lupa :D

Ummi Hanie said...

owhh..akk Mys ler ni....33 kan?
sorry yer selama ni dok panggey Mys aje..from now on Hanie panggil Sis Mys..buleh?

MysDear said...

hehehe....xpe hanie...dpt jgklah merasa mude sekejap....wakaka ;p

ok..no prob hunny! :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.