Thursday, November 4, 2010

Nasi lemak 3 ringgit VS Nasi Lemak 50 sen

Gambar ihsan:Google

 Alhamdulillah..baru jer selesai ambil sarapan pagi ni.Sarapan hari ni, nasi lemak 3 ringgit.Ada lauk kerang dan telur mata lembu.Memang berselera jer makan.Mana tidaknya, lepas geram malam tadi tak dapat makan nasik.huhuhu..Biasanya setiap pagi Nabila, akan berbekalkan sebungkus nasik lemak ke sekolah.Walaupun ada makanan disediakan di sekolah, dia kata lebih suka makan nasi lemak makcik yang dijual tak jauh dari sekolahnya.Saya pun suka juga, sekiranya dia bekal nasi lemak.Biar makan berat sikit.Sebab budak-budak umur sebegini banyak guna tenaga di sekolah.Memang tak reti nak duduk diam.

Bercakap tentang nasi lemak, teringat saya dengan perbualan antara perbualan Nabila dan Nabihah semalam.Sedang saya asyik mengadap laptop, mereka bermain-main dan bercakap-cakap sesama sendiri tak jauh dari kedudukan saya ketika itu.Tertiba terkeluar beberapa perkataan yang seakan-akan familiar di telinga saya.Rasanya tak payah lah saya sebutkan di sini.Sebab perkataan tu ada terpampang pada tajuk di atas.Memang terkejut besar saya dibuatnya! Terus saya tanya, mana dapat perkataan tu.Dia menjelaskan, dia dengar budak lelaki kat sekolah dia yang selalu sebut-sebut.

Sebenarnya, sebelum ni kami sekeluarga ada menonton satu iklan yang mempromo satu filem di tv beberapa minggu yang lepas.Dialog ni, buat kami suami isteri terkejut , yalah tak sangka skrip-skrip kat filem sekarang ni, sampai begitu sekali.Kesan negatif kepada anak-anak kecil tau.Malu dibuatnya! Kalau ya pun nak promosikan filem, mengapa adegan mengeluarkan ayat yang seakan lucah itu disisipkan? Takkanlah takda adegan skrip lain yang boleh di buat promo di tv? Terlalu open minded la tu.Astagfirullahal'azim... Tapi yang kesiannya kat budak-budak...tak pasal-pasal, akibat segolongan manusia yang sekadar nak mengaut keuntungan lebih, diorang jadi mangsa di luar sedar. (Marah ni..!) Haihh...malaslah nak komen panjang.Bikin mood saya jadi tak elok jer pagi ni.

Oklah, nak away dulu.jumpa lagi nanti...wassalam.. 




MysDear - sensitif bila berhadapan dengan perkara begini.Mungkin saya bukan orang yang 'open minded'.

6 comments:

ummufatihah said...

Salam Mai:

Di akhir zaman ni memang kehidupannya seperti berada di atas jalan penuh duri... Memerlukan kita untuk amat berhati2... Tersilap langkah, luka berdarah...

Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dipelihara Allah dari fitnah akhir zaman... Insya'Allah...

Fatihah said...

Salam..

Oooo tauk kmk cerita ya.. yalah kita sebagai ibubapak tok perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak2...

nina syakina said...

adik2 pun boleh terikut2...

MysDear said...

Ummufatihah ~ w'salam...betul tu.Zaman sekarang memerlukan lebih kekuatan nak didik anak2.Lainnya pengaruh keadaan sekitar, media2 massa lagi.
amin...semoga keluarga kita di pelihara.

Fatihah ~ sib bait ktk tauk.Kira nak engkah gambar movie ya d ctok.Takut sadis gilak jadinya.
nang peranan ibu bapak ya penting gilak2.


nina ~ memang nina...kdg diorang main sebut jer.tapi tak tau maksudnya apa.

Ummi Hanie said...

Salam Mys ,

yummm sedapnyee nasi lemak ! rse mcm dah lme pule x bedal nasi lemak ;)

Hanie pun lately selalu x mkn mlm so esok paginye kelaparan lah juge..hihihi..

hmm isu nasi lemak 50 sen tu Hanie dah agak..mesti budak2 skolah yg suke sebut..skolah rendah lak tu..adik ipar Hanie pun ade crita bnd yg same...ape daa...x tapis dialog ke depa ni...

MysDear said...

w'salam...

memang sedap Hanie..tp x dapat makan selalu.LEMAK! ekekeke....

terpaksa control hanie, kalo tak badan saya cepat naik. :D

Tu laa...open minded sgtlah kununnya...tp dah explain dah kat semua anak2 saya semalam.So, lain kali diorang dengar dari tv ke dari kenkawan ke, so diorang xdelah nak terikut2 lagi dh.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.