Friday, November 5, 2010

Panda kacukan Kelawar : Pernah tengok tak?

Salam pagi Jumaat.Haihh...dah pagi rupanya.Tapi kat luar tu masih gelap lagi.Tengok-tengok jam baru pukul 2:45 pagi.Mata ni meragam lagi sekali daa... Dah nak masuk beberapa malam ni , mata tak mo tido.Sebenarnya, alkisahnya saya terlelap selepas maghrib malam tadi.Sedar-sedar pun pada pukul 9 lebih macam tu lah lebih kurangnya.Bila terjaga terus solat Isyak, dan arahkan anak-anak masuk tido.Apabila mereka dah masuk tido, saya mulakan misi saya.
Gambar ihsan:Google (ambouihh..besarnya gelang! pink kaler)
Mulanya, saya lipat kain baju yang 'berkoyan-koyan' saya cuci hari tu.Diikuti, menyapu sampah dari bilik ke bilik ke ruang tamu hinggalah ke dapur.Selesai jer sapu-sapu, terus mulakan misi mengemop.Pada mulanya, ingatkan nak menyapu jer.Tapi memandangkan esok cuti, tak perlu nak bergegas hantar anak-anak ke sekolah.Lagipun jika saya bertangguh nak mengemop, esok-esoknya terus tergendala.Yalah, bila dah anak-anak cuti sekolah, lantai susah nak dimop.Karang tak pasal-pasal , terpaksa mop berkali-kali.Betul tak? :D

Hmm...tapi sekarang, kerja saya dah selesai.Alhamdulillah.....luas mata memandang...silau bercahaya jer :P Nampak gayanya , lebih baik saya masuk tidur sekarang.Bimbang tak sedar solat subuh pulak nanti.Apapun selamat bercuti semua.Kepada yang bekerja, selamat bekerja...mornite! wassalam..


MysDear - opps lupa plak...Panda kacukan Kelawar  tu memang tak wujud pun.Panda kacukan Kelawar gelaran yang sesuai untuk mereka yang suka berjaga malam.Esoknya mata lebam.(saya lah tu..hee.:D ) 
edisi merapu dan merepek.

4 comments:

ummufatihah said...

Salam:

Sabar ya cek... Petang ni cik abe balik... hehe...
btw, panda itu amat cumel... dan cerita kelawar kacukan panda pun amat cumel juga... :)

MysDear said...

w'ssalam...

tgh bersabor ler nie...sabor itu separuh drp iman :D

panda itu memang cumel...cerita panda kena kacuk tu adalah merapu semata2..
thx sudi baca :D

Tie said...

Salam Dear,

Haha.. kak tie ingat betul la ada panda kacukan kelawar tu... suspen jer.

MysDear said...

w'salam kak tie,

hehe..saje merapu merepek sekali sekala.. :D



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.