Wednesday, November 3, 2010

Hanya sebiji epal

Mata tak dapat nak tidur lagi.Terkebil-kebil depan laptop.Beginilah saya, jika ketiadaan suami di rumah.Mata tak dapat nak lelap sangat.Hati dan telinga sentiasa mengawasi keadaan sekeliling.Tak dapat dengar bunyi sikit, terus mata terbuka luas jer.Saya bukannya seorang penakut , tapi agak berhati-hati .Nasib baik, kami tinggal di apartment yang ada bodyguard  sekuriti guard, jika tak, tak tahu saya nak cakap apa.Tinggal kat negeri orang mana sama dengan negeri sendirikan....umpama sebatang kara.

Dalam mata tak dapat tidur, perut pulak berkeroncong.Haihh...takan nak makan tengah-tengah malam buta kott?... kalau saya makan makanan yang berat, saya pasti sudah tentunya timbang badan naik lagi.Baru jer 2 kg turun pada dua minggu yang lepas.Alhamdulillah...ini semua adalah kesan positif setelah saya dah stop makan nasi bila masuk nya waktu malam.Tetapi dengan izinNya jua.

Sebenarnya, di samping nak mendapatkan bentuk badan yang cantik (untuk tatapan suami shj ), mengurangkan berat badan ni adalah bertujuan untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang kronik datang menyinggah.Kalau ikutkan, abah saya penghidap Diabetes yang turun temurun dari datok saya.Jadi , ada kemungkinan saya ada kena tempias sama.Nau'zubillah...waktu muda ni  ( muda ke?) kesihatan kena jaga.Dah banyak kali abah saya berpesan, banyakkan mengambil air kosong dan kurangkan makan nasi.Sekarang ni pun saya sedang berjinak-jinak makan nasi beras ponni taj mahal tu.Sekali masak dalam 1 cawan jer saya tanakkan.Cukup untuk sekali makan.Kadang-kadang tu dapat dua kali makan.Tengok lauk jugak :P

Sebelum ni saya ada terjumpa satu website yang berguna untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing dan sihat.Website KevinZahri ni juga, banyak tip-tips yang menarik untuk mereka yang inginkan badan yang langsing dan sihat.Saya suka baca kat website ni, sekurang-kurangnya memberi saya motivasi untuk kembali seperti dulu kala...hehe :D

Gambar ihsan :Google


Jadi, malam ni saya pujuk hati saya, dengan memakan sebiji epal.Kalau rasa lapar lagi, makan lagik dua bijik...kalau masih tak kenyang, bawak2 tidur laa....

3 comments:

nina syakina said...

nina terliur laa tengok epal tuhh... huhuhu

blackcardomompods said...

pergh..epal nyer photo meletoppp...

betul tuh mkn nasi byk sumbang k.manis tetapi sedapppp..nk pulak lauk kegemaran..laju je 3 pinggan tak sedauuu..argghhh..kena pose bru sedar diri..huhuhu..nape pose dh sedau diri..huhuu...

eh by the way,duk negara org lgi tak tidur langsung kalau hubby takde.huhuhu...duk negara org lg sedih,nobody cares...buat hal sendiri je.

MysDear said...

Nina ~ hehehe..akak pun sama.

Ct ~ hehe..memang pun ct.Bertambahnya nasik bila ada lauk kegemaran.Sampai tak hingat.
Malam tadi kul 3 lebey baru dpt lelap mata.Itupun tdo2 ayam jer.Takut tak sedar nak kejutkan anak2 ke sekolah.

Samalah ct, cuma bila dinegara tu yang kita rasa janggal sangat kan.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.