Thursday, November 11, 2010

Bila low batt, kena cas lah..

Assalamualaikum....selamat pagi, pagi khamis ye? maknanya esok jumaat la.Pejam celik pejam celik..memang pantas jer masa berlalu.Tak terasa masa berlalu kan.MasyaAllah...dah nak weekend balik..

Pagi ni nak cerita plak pasal bateri.Anda tau bateri tak? kalo masa sekolah dulu, kalo subjek sains atau kemahiran hidup, bateri ni selalu di guna untuk buat eksperimen ataupun projek elektrik.Sekarang ni macam-macam jenis bateri.Jam guna bateri, handphone guna bateri, hmm.. apa lagi yek...kalo anda tahu tolong senaraikan..hihi...

Gambar ihsan :Google


Tapi nak tahu tak? kita pun guna bateri jugak tau..percaya tak? percayalah...Bateri yang kita ada kena cas selalu.Biar sentiasa penuh atau full.Biar sentiasa bertenaga .Jika dah nak dekat-dekat low batt tu, kena cas cepat-cepat.Macam handphone kita jugak lah...nak kena cas bila low batt.

Bateri yang saya maksudkan tu, ialah iman.Iman kena cas selalu, baru kita kan rasa selalu dekat denganNya.Selalu ingat mati dan akhirat.Bukan senang nak cas iman ni.Jalannya penuh payah dan susah.Perlu banyakkan mujahadah.Tapi jika iman ni dicas selalu hasilnya memang berbaloi-baloi.Bukan selkom jer yang berbaloi-baloi tau.Malam tadi, tiba-tiba teringat kat lagu Raihan -Iman Mutiara.Cepat-cepat download, pastu terus dengar.Lama tak dengar lagu ni.Bila di hayati bait demi bait lagunya....tersentuh jiwa raga dibuatnya.Baru saya tahu, iman saya masih tahap 'gitu-gitu jer' :(





Iman Mutiara


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah..

4 comments:

ummufatihah said...

Salam Mai:

"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"

Maknanya kita berpeluang untuk menjadi lebih baik dari ayah kita... Mari kita berusaha untuk rebut peluang tu... :)

kakchik said...

assalamualaikum MysDear. Setiap hari kakchik anggap waktu solat tu waktu untuk caj bateri. Kalau waktu solat tak berjaya, masa mengaji Qur'an selepas Maghbrib pun charger juga.

kakyong said...

ya setuju...

suka nasyid raihan ni..

MysDear said...

Ummu ~ w'salam...InsyaAllah m.yah.sama-samalah kita menambah iman dan jd hamba yg bertaqwa.Dan bersamalah kita berdoa moga ayah kita ditetapkan imannya dan dirahmati Allah selalu :)

Kak Chik ~ w'salam...terima kasih kakchik atas tips panduan tu.InsyaAllah iman kita sentiasa dicas selalu.

Kak yong ~ saya ska jugak...nasyid lama ni kan :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.