Friday, November 26, 2010

Bercuti itu baik untuk rehatkan minda..Jom bercuti!

Assalamualaikum ... Salam rindu untuk semua.Kepada yang rajin meng'komen' , yang sudi membaca, atau mungkin pembaca senyap yang setia.(ada ke? hehe) Lama tak menaip sesuatu kat sini.Walaupun semalam saya ada menaip secara ringkas untuk satu entri jer.Kiranya sebagai sessi 'warming up' untuk jari.

Alhamdulillah...baru semalam balik dari bercuti.Tempat yang biasa-biasa jer atau mungkin tempat yang pernah anda pergi barangkali.Tapi bagi saya, nak bagi '5 stars' lah tempat tu.Sebab tempat tu sesuai dengan jiwa saya.Tenang, nyaman dan selamat.Suami dan anak-anak pun suka tempat tu.Tak rugi bila pergi bercuti di sana.Perjalanan yang lebih kurang 1 1/2 - 2 jam jer kalo dari KL.

Inilah tempat percutian kami yang saya maksudkan Hotspring Sungai Klah, Sungkai.



Jom kita tengok apa yang ada di sana..jom :D

Pemandangan dari luar Chalet tempat kami menginap

Anak-anak dok bersantai layan tv .Masa ni kami baru jer sampai.Nak lepaskan lelah kejap.Tilam dan bantal extra disediakan oleh pihak hotel.Selimut extra anak-anak je kami bawa.
dak kecik ni bukan main sronok lagi die :P

Chef Wan pun menemani sepanjang percutian kami di sini tau :P 

Hanya untuk darurat saja.In case, tak de tempat makan ke, lapar di tengah malam ke, di samping jimatkan kos ye jugek...ekekeke..Sebenarnya jarang sangat saya ajak anak-anak makan bende dalam tin ni.Yang ni kiranya 1st time dalam tahun ni.Tapi alhamdulillah lah ..ada cafe yang berdekatan.Makanan pun boleh tahan jugak.Sedap!

Ni lah tempat yang paling anak-anak suka sekali.Kolam sejuk.

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.Umpamanya, mandi manda di kolam sejuk, berendam di kolam air panas, terapi pijak batu-batu untuk kaki, merebus telur juga untuk spa badan pun ada.


Tempat merebus telur..berasap2...
Sesambil tunggu telur masak sepenuhnya, suami sempatlah bersembang dengan warga tempatan di situ.Menurut beliau, telur ni kalo dibawa sampai ke Alor star suhu panas nya masih terasa.Dan boleh simpan berhari-hari lama nya.Tak busukpun.

Makan dengan nasi lemak pun sedap telur yang dah direbus tadi.

Antara pemandangan yang boleh dinikmati disini....hijau tenang jer....

Haihh...penat dah...gambar banyak..tapi tak terdaya nak edit buh watermark lagi dah..hehe..

sekian dulu, wassalam...






5 comments:

ummuamin. said...

Salam Mysdear.
selamat kembali Mys.
sronok.....nya.hijau memberi ketenangan ya Mysdear.

Ummi Hanie said...

salam sis dear Mysdear

bestnyeee coti2 malaysiaa... hanie xsampai lg sg.klah ..mmg cntek !!

hurm mane gambo akk ni...xaci tak ade ! ;p

MysDear said...

Ummuamin ~ w'salam kak...a'ah sronok sgt2...memang memberi ketenangan..subhanaAllah... :)


Hanie ~ w'salam hanie...memang cantik tempat tu...nak wat massage badan pun boleh.Nanti bleh la pergi bawak anak2 dan somi.Harga berpatutan, tapi memang berbaloi2 g ctu.Kalo nak g, g time weekdays.Buat tempahan melalui on9.Murah sikit :)

N.A.I said...

Kalau pergi setakat mandi je boleh ke ?

N.A.I said...

Kalau pergi setakat mandi je boleh ke ?



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.