Friday, November 12, 2010

Bagai disorongkan bantal.....

Salam Jumaat.....harap hari ni, semuanya dalam keadaan baik dan sihat jer.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Semalam adalah kenangan, hari ini adalah harapan, esok adalah impian... (betul ke ayat ni? saya pun dh lupa dah .. ..motto ni yang pernah ditulis dalam buku autograf kenkawan masa kat sekolah dolu-dolu)

Pagi ni selepas solat subuh dan selesai menyediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah, mata saya seolah-olah tak dapat buka luas-luas jer rasanya.Mengantuk sangat-sangat.Malam tadi lambat masuk tidur.Sebab nak prepare bahan-bahan untuk membuat sosej roll khas buat Nafisah.Ada jamuan makan-makan katanya.Sebelum tu, pergi ke Giant, saat-saat terakhir pergi membeli bahan-bahan nya tu.Suami balik lewat malam tadi dari universiti.Banyak kerja perlu diselesaikan katanya.Balik-balik dari Giant sedar-sedar dah pukul 10 lebih.Sendukkan nasi untuk suami dulu, saya pulak pekena bubur kacang ijo.Tak makan nasi.


Selepas selesai semuanya, preparelah apa yang patut untuk buat sosej roll tu.Sedang dok prepare bahan-bahan, anak-anak semua terbangun di tengah malam.Layan movie Jackie Chan kat Tv.Malam tadi diorang tidur awal.Selepas maghrib jer dah tidur.Keletihan sangat kot.Jadi, malam tadi dekat nak pukul 1 barulah mereka masuk bilik semula untuk tidur.Pagi ni, semuanya liat nak bangun (termasuk saya :P ), tapi oleh kerana anak-anak perlu dikejutkan untuk ke sekolah, maka ku gagahi jua mata yang mengantuk itu..huhu..
Selesai jer urusan anak-anak dan anak-anak pun ke sekolah, mata ni macam dah tak dapat di kawal lagi kengantukkannya...terus saya terlelap...dan zZZZzzz.....
Gambar ihsan:Google

Pengajarannya: Mata mengantuk, baik suh tidur jer :P


MysDear - tajuk di atas tak ada kena mengena dengan entri ni.Cuma nak ambil perkataan 'bantal' tu jer k.

4 comments:

ummufatihah said...

Salam..

ha ha ha.. Nindak ngantuk... jadi operator talian Nur sik bertauliah..

Fatihah said...

Salam..

Dah tugas sebagai Bini & ibu.. malas2 pun bangun pagi.. terpaksa juak bangun.. kmk slalu rasa mcm ya.. malas bangun pagi..

MysDear said...

ummu ~ w'salam...sikda juak m.yah..time ktk msg2 ya kmk d giant.kmk duak biasa tdo akhir, ngantuk gilak sbb siang x tdo2..hehe


Fatihah ~ ya jak agik nya ko..nang malas sa pagi tdik..kuat kan ati jak laa...hehe

kakyong said...

macam tu lah kan kalo anak2 dah sekolah..
kakyong ni plak jenis xleh tak cukup tidur.. kurang2 8 jam.. huhuuu... tu yg susah kalo tetridur lewat... kesiangan jadinya..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.