Wednesday, October 6, 2010

Syaitan baik : Kejutkan untuk bangun solat

Pernah dengar cerita sebegini tak? saya pun baru pertama kali mendengar (membacanya). Memula tu, hairan bin ajaib jugak.Tertanya-tanya dalam diri, ada jugak ker syaitan ni yang baik.Setahu saya, yang cetek ilmu ni tak nah ada syaitan yang baik.Jahat tu ada lahhh..Pelik-pelik...



"Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam" -Gambar ihsan:Google


Alkisahnya, pada suatu pagi yang hening Syeikh Abdul Qadir Jailani tertidur keletihan hampir terlewat bangun solat subuh.Dengan tak semena-menanya, Syaitan 'yang baik' ni menjelma menjadi seekor kucing lalu mengigit ibu jari beliau.Dan Syeikh Abdul Qadir Jailani tersentak dari tidurnya.Mujurlah waktu subuh baru sahaja masuk.

Dengan anugerah istimewa yang Allah kurniakan terhadap beliau, pandangan hatinya yang membolehkan beliau melihat syaitan yang berupa kucing itu.

Lantas Beliau bertanya " Mengapa engkau mengejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat membenci kepada orang yang solat?"

Syaitan terus menjawab " Aku bimbang jika kau terlewat bangun untuk solat subuh".

Syeikh Abdul Qadir Jailani bertanya lagi dengan rasa kehairanan " Kenapa?? "

Syaitan 'yang baik' itu pun menjawab disebabkan takutnya dia kepada orang yang takutkan Allah.Jawabnya, " Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lebih banyak dan lebih serius.Kau kan bersedekah, kau akan membantu orang lain.Kau akan mengajar lebih lama.Kau akan membaca Al Quran untuk menampung kesalahan mu yang sedikit.Dengan itu nanti aku dan kawan-kawanku nanti pula akan bertambah susah.Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar.Jadi lebih baik kamu solat subuh dan kami takkan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baik mu nanti !"

Astagfirullahal'azim....begitu peranan syaitan ' yang baik' tu.'Sebaik-baik' nya syaitan yang kita sangka tu, pasti ada helah yang tersembunyi.Hakikatnya, syaitan dan iblis takkan berhenti-henti untuk menyesatkan umat manusia hingga hari kiamat.Wa'allahualam...


dipetik dari majalah Solusi Isu 23.

5 comments:

kayteeze2 said...

Salam Dear,

Wah.. tak sangka ada syaitan begitu, ya..hehe..

Sakinah said...

Salam kak,

comel pula syaitan dlm gambar tu hihi..baru nak kata macam pernah baca dlm majalah solusi..rupanya memang dari situ. liciknya syaitan.

MysDear said...

Kak tie - w'salam kak tie..hehehe..sy pn baru tau :D


sakinah ~ hehehe...gambar syaitan tu saje akak letak yg comel2 nk gtau kt nabila dan nabihah yg syaitan tu la yg ska kacau2 bdk kecik..suh gado2.
a'ah ..dr majalah solusi.Isi dlm majalah tu padat dan bermanfaat kan.

Ummi Hanie said...

nice story mys ! thanx 4 sharing :)

MysDear said...

thx for reading, hanie! :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.