Sunday, October 3, 2010

Syair-syair indah 2

Syair-syair indah ini pernah saya perkatakan pada entri saya yang lalu. Sebenarnya saya ada membeli cd audio berserta bukunya sekali.Sekadar nak memudahkan saya apabila mendengar audio cd ni di mana-mana, sekurang-kurangnya saya dapat mengikut serta untuk mengalunkan qasidah tersebut.Sememangnya saya dari mula mendengar cd audio ni, hati saya benar-benar sudah tertarik.Oleh kerana , rasa ingin tahu yang amat sangat mengenai terjemahan nya, maka suami belikan buku tersebut untuk saya.Apa kata saya kongsikan di sini buat tatapan kita bersama.

Bab 1 , Buku Qosidah Al burdah Imam Al Busairi
(terjemahan Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi )
: Kerinduan mendalam kepada Sayyid al wujud Rasulullah saw.

Apakah kerana teringat jiran tetangga yang tinggal di Zi al Salam* sehingga engkau linangkan air mata bercampur darah mengalir dari matamu.

Atau kerana tiupan angin kencang yang berhembus dari arah Kazhimah atau kerana silau yang membelah kegelapan malam dari Gunung Idham.


Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata, walaupun telah engkau katakan," Tahanlah! Jangan menangis".Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah padahal telah engkau katakan padanya, "Tenangkanlah hatimu"
Apakah orang yang dimabukkan cinta menyangka, bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik kegelisahan jiwa?

Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta, tidaklah akan bercucuran air mata di atas puing-puing rumah kekasih dan fikiranpun selalu melayang sehingga tak dapat tidur kerana mengingati pohon al Baan dan Gunung al Alam.

Bagaimana hendak disembunyikan lagi suatu cinta yang telah dibuktikan oleh saksi adil, berupa cucuran air mata dan badan yang menderita menanggung rindu.

Rindumu sudah tak dapat disembunyikan lagi, bila telah terukir di kedua pipimu kesan merah cucuran air mata laksana ranting Anam yang bercabang dua dan bila tubuhmu kurus kerana gelisah.

Ya, di keheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidur pun susah.Begitulah sebenarnya, cinta apabila telah bertapak di dalam hati, ia kan menukarkan segala kelazatan menjadi derita.


Wahai orang yang mencelaku, tentang cintaku.Sepatutnya orang yang dimabuk cinta ini dimaafkan sahaja keterlanjurannya.Andainya, engkau sedar tentang derita orang yang bercinta sudah pasti engkau tidak akan mencelanya.

Sebenarnya, keadaan ku jelas di hadapan mu dan sudah tiada ada satu rahsiapun yang masih tersembunyi dari mata orang-orang yang mencintaiku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah berkurang.

Engkau bersungguh-sungguh memberikan nasihat kepadaku, namun aku masih tidak mahu mendengarnya.Begitulah agaknya orang yang dimabuk cinta sudah menjadi tuli dari celaan.

Aku masih curiga terhadap nasihat uban yang putih di kepala ku.Padahal kedatang uban itu sepatutnya tidak perlu dicurigai.

*Tempat antara Makkah dan Madinah




2 comments:

kayteeze said...

Wah... kak tie hanya tahu syair dan gurindam Melayu. Tu pun satu dua je.

MysDear said...

Kak tie, hehehe...saya pun suka gurindam melayu.Bahasanya indah2 jer :D



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.