Friday, October 15, 2010

Natasha : Baby baru kami

" Tidurlah Natasha...dah malam nie..", pujuk saya.Kelihatan Natasha cuba memejamkan mata yang sedari tadi terkebil-kebil dalam kesuraman cahaya bilik tidur saya.Tiba-tiba suami masuk bilik.Senyum memanjang jer dia sejak ada baby baru ni.Saya pun senang hati, sekurang-kurangnya terubat jua rasa 'bengang' di hati selama ini.
 Meh tengok videoclip youtube ni dulu :)

 



Alkisahnya, sejak dua tiga malam ni, Nabihah kami susah nak tidur malam.Masuk bilik kakak-kakak dia, dia buat bising hingga komplen diorang tu.Masuk bilik abang dia, dia lak kena halau sebab buat hal yang sama.Last-last saya bawak dia tidur dalam bilik kami.Alhamdulillah sejak timbulnya idea nak panggil dia Natasha, dia mulai mendengar kata kami suami isteri.So, saya terpaksa berlakon kunun-kununnya nyanyi-nyanyi macam bapa Natasha, Mr.Humprey macam dalam video tu.Dengan tak semena-mena terpujuk juga matanya yang rajuk tu.Saya tak menyanyi pun sebenarnya...cuma ikut rentak lagu tu jer...hahaha. Dan bila petang tadi saya tanya " sapa yang sepahkan barang-barang nie?? " Nabila segera menjawab" Bb! (panggilan manja Nabihah) ".... Nabihah dengan muka selamba badak jer menyampuk " Bukan Nabihah laa...Natasha! "
Tuu...diaa... dia dah dok prasan dah :P

Gambar ihsan: Google (Inilah Baby Natasha yang Ori :P nak tahu lebih lanjut klik SINI )

2 comments:

Ummi Hanie said...

LOLLL Mys ....

Hanie mati2 ingatkn Mys belikan anak Mys doll sejibik mcm tu ... tipah tertipuu...kih3x ;p

MysDear said...

hehehe...gimik je kot :P



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.