Saturday, October 2, 2010

Mulut Jahat, Tapi Hati Baik: Macammana tu???

" Dia tu mulut jer jahat, tapi hati baik tau"

"Tak yah ambik ati, mulut dia memang macam jahat jer, tapi hati macam malaikat.Pemurah dan baik hati."


Kita selalu dengar dialog sebegini dalam kehidupan seharian kita kan? Sejauh mana kebenaranya tu agaknya ye.Semasa mengikuti majlis ilmu dua minggu yang lepas, ada seseorang bertanyakan hal ini kepada ustaz yang handle majlis ilmu pada hari tersebut.
Ringkas jer jawapan dari ustaz tersebut.Beliau berkata, biasanya mulut yang baik, yang biasa mengucapkan pertuturan yang baik adalah datangnya dari hati yang bersih.Hati yang takut pada Allah.Bila Hati bersih dan takut pada Allah, maka secara automatiknya pertuturannya selari dengan hati nya yang bersih.Bukan setakat pertuturannya sahaja , malah boleh memberi impak yang positif kepada akhlaknya juga.


 Gambar ihsan: Google


MasyaAllah, betapa besarnya pengaruhnya hati.Semoga kita terpelihara dari sifat yang sebegini.Nau'zubillah...


Mysdear- bimbang kerana mulut, jatuh muflisnya di Akhirat.Nau'zubillahiminzalik...

4 comments:

blackcardomompods said...

assalamulaikum dear

betul tu..takut jatuh muflis di ahkirat nanti..huhuhuhu..hebat kan penangan mulut.smpi hilang kredit utk masuk syurga

ummufatihah said...

Salam Mai..

Sampah takkan tumpah dari lori yang membawa minyak wangi.. Pastinya dari lori sampah jugak.. kita kongsi2 ya... Semoga kita sama2 di kalangan mereka yang jutawan di sana Insya'Allah.. :)

Tie said...

Sebenarnya kedua-duanya kena jaga, kan... Bila dah terlepas cakap, buruk padahnya.

MysDear said...

Bcp ~ walaikumsalam ct.Memang bahaya mulut ni.harap2 kita terhindar dari berlaku sebegini.


Ummu~ w'ssalam...benar.Lori sampah tumpahkan sampahnya.Mintak2 begitulah semoga jutawan dan beroleh rahmatNya juga syafa'at dari RasulNya.amin.

Kak Tie~ terlajak perahu dpt diundur.Ingatan utk saya sendiri sebenarnya.bimbang di sebabkan mulut ada hati pulak yang terguris.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.