Tuesday, October 26, 2010

Kulit kayu manis : Betul ke manis?

 Gambar ihsan :Google
 
Kulit kayu manis adalah pelengkap dalam rempah ratus masakan.Kalau tak ada kulit kayu manis maka hilanglah 'seri' bau sesuatu masakan tersebut.Sebenarnya, semasa nak memasak tadi saya baru perasan yang stok kulit kayu manis saya sudah kehabisan.Jadi, terpaksa menumis tanpa menggunakan kulit kayu manis .Di samping untuk masakan, saya juga menggunakannya untuk membuat muffin.Anak-anak saya suka, terutamanya Nafisah.Sedap juga rasanya, dan paling best saat mem'baking'nya...boleh harum satu rumah!



Hmm..Pernah tengok pokok kulit kayu manis tak? Mungkin ada yang pernah mungkin ada yang tidak.Saya pernah tengok sekali jer.Masa tu saya pergi melawat ke rumah mak kawan sekerja saya.Sempat jugaklah dia membawa saya meronda kat belakang rumah mak dia tu.Rupa pokok tu saya dah tak ingat lagi dah.Cuma, apa yang saya ingat, kulit kayu manis tu kita ambil dari badan pokok tu jer.Whoaa..ianya satu keajaiban bagi saya :D almaklumlah baru pertama kali tengok.

Rupanya banyak kebaikan kulit kayu manis ni, antaranya  untuk kegunaan merawat sakit kembung perut, jangkitan salur kencing, mengurangkan simptom demam dan selsema serta memiliki fungsi yang baik sebagai anti-bakteria, anti-fungi dan anti-parasit.
Dalam kajian Jurnal of Food Science pada 1974, ia menunjukkan kehebatan kulit kayu manis melawan kebanyakan jenis kulat dan fungi. Ada kajian yang menunjukkan ia membantu pesakit diabetes. Ia berfungsi seperti insulin yang disuntik ke dalam tubuh pesakit, menjadikan suntikan insulin dapat dikurangkan.Ianya juga membantu memperbaiki sistem penghadaman dan dianggap sebagai 'pain-killer' semulajadi. (Sumber:The Secret Medicines)


Kiranya kulit kayu manis termasuk di antara ubatan herba selain daripada herba-herba yang lain.Mungkin juga boleh dijadikan alternatif untuk menggantikan perubatan moden.Mana tau, ianya lebih berkesan! Belum cuba , belum tau kan.Pasni nak beli banyak sikit, nak buat stok kat dapur :)



Mysdear - Eh! Lupa lak nak jawab soalan kat atas tu...Kulit kayu manis : Betul ke manis?
Jawapannya : Kulit kayu manis..memang lah manis.Nama dah Kulit Kayu MANIS! (hihi..gurau2 jer :D)

7 comments:

Jojoe said...

dulu anis mengajar d keningau sabah..maksud keningau pun POKOK KULIT KAYU MANIS..sebab sana banyak pokok tu..memang banyak khasiatnya..

BIONIC WOMEN said...

kulit kayu manis juga elok utk parut2 tau..
kalau saper tahan panas, leh tempek kat muka..mak sy selalu buat..saya x tahan, ase macam kena gigit semut jer..huhu

kalau letak dalam balang kita simpan gula, insyallah semut x masuk

MysDear said...

Anis ~ laa..akak baru tau nie..keningau tu pokok kayu manis ye.Tadi akak ada terbaca..kalau bancuh serbuk kayu manis, madu bersama air pastu didihkan.Amalkan minum 1/2 jam sebelum sarapan..boleh kurangkan berat badan.Termasuk yang obesiti.Akak nak try la anis...hehe..

Eily~ owh..cmtu plak ye...bleh try kat anak2 nnt.Yg buh dlm gula tu..jarang akak letak kulit kayu manis.Selalu letak cengkih je.

Tie said...

Salam Dear,
Kulit kayu manis memang banyak khasiatnya.
Kak tie suka bubuh dalam masakan, sukakan baunya yang manis, hehe..

MysDear said...

w'salam Kak tie,

Baunya yang sedap tu yang besh.Harum mcm perfume ( aroma semulajadi ) hehe..

Jojoe said...

hehe...nak cuba gak ler petua akak neh...err..ada tak kulit kayu manis yg dah sedia serbuk djual kat kedai??

MysDear said...

ada...biasanya serbuk kayu manis @ cinnanmon tu kadang2 d jadikan bahan utk membuat kek @ muffin.Try g pasaraya berdekatan ..g kat sudut peralatan/bahan membuat kek.InsyaAllah ada.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.