Tuesday, October 26, 2010

Ketagihkah saya?

Sejak kebelakangan ni, saya dah jarang sangat minum kopi (neskape).Kalau dulu saya anggap kopi ni salah satu terapi, sekarang tidak lagi.Saya berusaha cuba nak menjauhkan diri dari kopi.Sekarang sekurang-kurangnya dalam seminggu saya hanya ambil secawan kopi.Itupun secawan kecil jer.Sekadar nak lepas gian minum kopi :P Haihh..sukarnya nak berenggang dari kopi.Tapi saya cuba sedaya upaya saya.Antara sebab saya terpaksa menjauhkan diri daripada mengamalkan minum kopi ialah :

 Gambar ihsan:Google




  • Kualiti tidur saya menjadi merundum
  • Mata saya sukar untuk dilelapkan bila siang menjadi malam
  • Pagi-pagi mood saya jadi tak baik
  • Bil elektrik melambung, sebab melayari internet di tengah malam gara-gara mata tak mengantuk
  • Lebam sekitar mata , wajah lesu
  • Berat badan pun cepat meningkat naik 


dan banyak lagi...belum sempat saya nak selidik dan kaji.


Saya harap saya dapat 'istiqamah' dalam sesi pemulihan saya ini.Tak dapat minum selalu, ambik bau jer laa...huhuhu...kesian kat diri sendiri.




Tips: Untuk mendapatkan  rasa kopi yang sedap, selain campurkan susu krimer tambahkan sedikit gula ( anggaran hujung sudu jer ) cubalah!

6 comments:

ummufatihah said...

Salam Mai:

Diberi kekuatan untuk memulakan langkah ke arah kebaikan itu sendiri adalah nikmat yang maha hebat... :)

BIONIC WOMEN said...

saya x sampai ketagih lagi..tapi kalau rasa nak minum manis, mesti kopi..huhuhu..selalunya memang x minum manis ler, kecuali susu or soya for breakfast..sepanjang hari tu, minum air kosong jer..tapi berat tetap x turun2..huhu

kayteeze said...

Mungkin kot.

Kak tie pun kalau minum nescafe, rasa macam tak puas, nak minum banyak-banyak. Pastu kembung perut dan sakit kepala, hehe... Malam lak terkebil-kebil tak boleh tidur.

MysDear said...

Ummu ~ w'salam...benar.Nikmat yang hanya diri kita yang tahu.Tapi minum kopi pun nikmat hebat juga..hehe :D


Eily~ kena banyak minum air kosong bebanyak lagi kot..eksais jgn lupa.Akak sendiri pn lama x g eksais.adeh!

Kak Tie ~ saya pun mcm tu jugak.secawan kecil ni lagi lah.rasa tak puas jer..tp apakan daya :( Pernah dulu dalam sehari sampai 3 kali saya minum kopi.Kira kuantiti banyak jgk tu.

Ummi Hanie said...

salam Mys,

Hanie pun ntah sjak bile terminat kopi plak..kopi 3-in-1 lak tu! xbrape bagus kan..byk gula..so better minum kopi radix..ni stok dah abes nk carik lg...radix xpe mys,herba...xde kafein ...simptom2 mcm Mys huraikn tu pun ada pd Hanie..hehe..;p

MysDear said...

W'ssalam Hanie,

owh sama lah...dlu2 saya minat jugak yg 3in1 ..bila dah tau tak baik utk kesihatan terus x mo beli n minum lg dah.Yang Radix tu ok jugak.Tapi tak simpan stok kat umah.Sbb saya sorang je ska minum kopi..tu yg main bancuh neskape je tu..

Hehe..kalo dah ada simptom2 mcm tu, kena jaga2 Hanie.Nak ketagihan la tu...hehe.. ;p



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.