Friday, October 8, 2010

Kedai Dobi

Hari ni semua pakaian-pakaian keluarga saya hantar kat dobi.Ada 3 bakul penuh ...setelah saya kumpul-kumpul semuanya.Dobi tu dekat jer...belakang rumah saya :D hee..Sebenarnya tak delah nak hantar dobi...sendiri cuci maa...Memang dah penuh ampaian saya tengok.Sampai dah berhimpit-himpit pakaian yang dibasuh dan dicuci.Kesian...kan?



 Gambar ihsan:Google
 
Biasanya kalau ampaian dah penuh, baju pakaian anak-anak saya hantar ke dobi jer.Guna diskaun suami sebagai pelajar dapatlah murah sikit  :) Kalau pakaian baju sekolah anak-anak, saya cuci guna tangan.Tak yakin lak dengan cucian mesin.Lagi-lagi kalau hantar dobi.Kalau sekadar harum mewangi ok la..Tapi kalau nak membuang kotoran degil, saya tak berapa berkenan sangat ler.Kotoran tetap ade! (Macam iklan serbuk pencuci lak :P )

Hmm...tinggal satu bakul jer lagi.InsyaAllah cukup kot ampaian tu nanti.:D

2 comments:

kakchik said...

tentu letih sakan selepas mendobi berbakul-bakul tu. Banyak ganjarana yang Allah beri nanti. Kakchik pun ada sebakul yang nak dicuci tapi kena asingkan dulu mana yang nak dibasuh dengan tangan dan mana dengan mesin. Bila dah siap berjemur hati rasa gembira sangat kan?

MysDear said...

letihnya memang tak terkira Kak chik.Terbaring dan terlelap sekejap tadi.Alhamdulillah..semuanya dah di ampaian..bila dah siap berjemur tentu lah gembira jer rasa.Sbb kerja utk hari ni dah selesai :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.