Thursday, October 14, 2010

Hukum memakai sarung lengan bagi wanita

Gambar ihsan:Google



Soalan:

assalamualaikum...
ustaz.dh banyak soalan begini saya hantar tapi tiada jawapan.
diharap ustaz dapat menjawab kali ini untuk saya mengubah apa yang tidak betul.
apakah hukumnya memakai sarung lengan yang seperti sarung kaki itu.
biasanya apabila memakai baju berlengan pendek atau 3suku,
sarung lengan itu akan dipakai bagi menutup aurat lengan yang selebihnya.
soalan saya,adakah boleh memakainya kerana sarung lengan itu memang ketat.
seperti sarung kaki , menutupi kulit tetapi masih menunjukkan bentuk lengan kita.
mohon penjelasan dari ustaz...
wassalam






Jawapan: 
w.salam
Saya memohon kemaafan diatas kelewatan menjawab soalan2 yang telah dihantar. ini adalah kerana jadual kuliyah dan ceramah yang terlampau ketat. InsyaAllah saya akan cuba menyegerakan memberi jawapan agar semua penanya berpuas hati dan sesiapa yang masih belum dijawab saoalannya diharap bersabar.
Diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.
Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat yaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira2 tidak kelihatan bentuk lengannya.
Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang (mcm baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah - pada pandangan MysDear) dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak.
wallahua'lam


oleh: Ustaz Azhar Idrus

12 comments:

BIONIC WOMEN said...

ish kak..betul ker nih???eily memang pakai sarung lengan kalau pakai t-shirt...yelah kalau nakkuar kedai beli barang..slalu pakai gitu..xboleh ker????

MysDear said...

a'ah betul.Biasanya sarung lengan tu kan selalunya ketat.Bila ketat, bentuk lengan tu pun ternampak sama.Bkn setakat nampak kulit jer kira terdedah aurat, nampak bentuk tangan, kaki, badan pn tak bleh kan :)Aurat wanita seluruh badan kecuali muka, tapak tgn hingga pengelangannya.

kakchik said...

kakchik sangat setuju dengan jawapan ustaz azhar tu. kena dengan syariat. kena tutup, buka balut.

Ummi Hanie said...

salam Mys ,

Hanie rasa fungi sarung lgn tu utk dipakai dlm jubah atau baju kurung yg longgar/terbuka lengannya ... betoi tak ?
bukan utk dipakai dgn t-shirt lgn pendek..wallahua'lam...tp apa yg ustaz tu jelaskan dah betul le tu...;)

kelly said...

salam...beli sarung lengan jenis kain tebal dan longgar..memang ada di jual...saya selalu pakai yang macam tu.

MysDear said...

Kak Chik ~ :) saya copy soal jawab ni dari laman web beliau.


Hanie ~ Memang asalnya sarung lengan untuk kegunaan pemakaian baju kurung dan sewaktu dengannya :)

Kelly ~ Alhamdulillah..sekurang2nya ada alternatif lain untuk yang ska pakai t-shirt berlengan pendek :)

blackcardomompods said...

tq dear for sharing this info..now i know.

MysDear said...

CT ~ sama2 ct..nk share apa yg termampu dgn kenkawan blog yg d sygi :)

iena_zainal said...

salam...kalau sarung kaki pula macammana hukumnya??

JomBaca & Berubah said...

TENGOK NI WAHAI PARA WANITA YANG SAYA SAYANGI... :)

https://www.youtube.com/watch?v=a90I4xRM4Zw

https://www.youtube.com/watch?v=qjYj4TdxKAo

semoga kita semua menjadi manusia yang
1. MENDAPAT ILMU . Lalu
2. TERUS MENGAPLIKASI.

AMEENNN...

Pretty Zahra said...

Jadi jangan risau . Saya penjual handsock besar Malaysia

😉Jemput like page Handsock Besar Malaysia .

https://m.facebook.com/Handsock-Besar-malaysia-1687384681502380/

fitryah_ said...

izinkan sy copy ye..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.