Friday, October 22, 2010

Hukum Berinai dan Memakai Gelang bagi Lelaki

 Salam Jumaat semua....baru selesai bab masak memasak dan buat laundry tadi.Hari Jumaat biasanya, waktunya pendek.Nak ke tak nak buat kerja kena cepat sikit berbanding hari biasa.Yalah kan...hari Jumaat.Kejap lagi suami nak balik rumah makan tengahari, pastu nak g solat Jumaat.Tapi kebiasaannya kalo dia lambat balik, dia makan selepas solat Jumaat.Takut mengantuk semasa dengar khutbah katanya.
So hari ni, tak de idea sangat nak berblogging.Cuma sempat cnp (copy and paste) jer.Semoga boleh dijadikan santapan rohani untuk hari Jumaat yang penuh barakah ni.

Gambar ihsan :Google



SOALAN

Assalamualaikum ustaz...
1) Apakah hukum bagi lelaki berinai di jari ketika hendak berkahwin yg byk diamalkan oleh masyarakat melayu pada masa kini...boleh ustaz berikan sedikit huraian mengenainya?

2) Apakah hukum memakai gelang tangan bagi lelaki...dewasa ini banyak kelihatan gelang tangan magnetik,gelang kokka,serta gelang dari batu jed dan sebagainya di pasaran yg mengatakan berfungsi utk menjaga kesihatan...malah tok2 imam pon byk yg pakai..harap beri sedikit penjelasan mengenainya...

3) Apakah hukum bagi lelaki memakai emas putih..benarkah ia boleh di pakai oleh lelaki?adakah nas2 yg boleh ustaz kongsi bersama mengenainya...
sekian...terima kasih...


JAWAPAN

wsalam
1. Setakat yang saya tahu haram kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin.
Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. oleh kerana itulah lelaki dilarang memakainya dari kerana terdapat hadith soheh yg melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.

2. Apa yang telah difatwakan oleh beberapa orang ulamak gelang yang bertujuan perhiasan adalah haram atas lelaki memakainya dan jika untuk tujuan berubat maka harus dengan syarat tidak bertujuan berhias atau meniru2 dan tidak berbentuk perhiasan dan hendaklah menutup dengan lengan baju supaya terhindar daripada fitnah.
3. Emas putih haram dipakai oleh lelaki kerana ia adalah logam yang dibuat dengan campuran emas kuning.
Imam Nawawi berkata adalah haram dengan muwafaqat ulamak2 fiqh kaum lelaki memakai logam yg bercampur dengan emas kuning sekalipun emas kuning yang terdapat padanya adalah sedikit.

Rujukan kitab Al-Mufassol fi ahkaamil mar_ah dan Syarah Muslim
wallahua'lam

Oleh:Ustaz Azhar Idrus

2 comments:

Sakinah said...

Salam,

Oh, berlaku juga ke lelaki berinai?

MysDear said...

w'salam...

ader(tu gambar tu)...sejak dulu lg memang dah ade.skrg makin bertambah ader.Namun bagi yang tahu, ianya takan berlaku.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.