Sunday, October 3, 2010

Entri Tertunda :Nabila, usiamu kematangan ku

Maaf, ini merupakan entri tertunda yang saya saved dalam draft iaitu ditaip pada Khamis,30hb September 2010.Kalau tak di publish rugi jugak rasanya.Sebab saya dah pun terlanjur bebel panjang-panjang...!



Dialog 1:
" Kenapa adik tak balas balik, cubit balik dia tu?? " Saya cuba mengajukan soalan provokasi dan cuba nak menduga apa reaksi nya.
"Tak pa ma, dia kecik lagi, tak tahu apa-apa.Nanti kalau adik cubit, dia nangis " Jawab Nabila seringkas cuma.Saya terkesima sebentar.Tak sangka jawapan tersebut keluar dari mulut mungilnya.

***********************************************************************************
Pagi semalam, Nabila mengadu sakit perut dan pening.Sebenarnya sejak petang kelmarin dia mengadu sakit perut dan muntah-muntah.Saya cuba tak nak ambil serius sebab risau dia akan merasa kesakitan lebih teruk lagi.Almaklumlah, Nabila ni manjanya lebih dari adik beradiknya yang lain.Kalau sakit, merengeknya pun lebih.Cuma pagi tadi, saya tak dapat nak buat tak layan dengan aduan kesakitannya tu.Hati saya jadi cair pulak dan bimbang peristiwa bulan puasa yang lepas berulang kembali.Jadi, saya dan suami cepat-cepat bawa Nabila ke hospital.Mujurlah, sakitnya taklah seteruk yang dulu.Doktor memberi ubat kembung perut dan tahan muntah.Doktor bagitahu yang ubat tu jika diambil kemungkinan Nabila akan mengalami buang besar seperti cirit birit.Tapi jika sakitnya dah ok, baik diberhentikan ubat tersebut.Semalam tak sempat-sempat sampai ke rumah , segera saya dah suruh dia makan kesemua ubat tu sebab Nabila mengadu-ngadu dia sakit perut amat sangat semasa dalam perjalanan pulang.Alhamdulillah....dengan izin Allah,dia sudah beransur pulih.Ubat tu sekadar asbab jer.Sebab Allah yang bagi sembuh.

Hmm...Sekarang saya dah tahu dah apa punca sakit dia sebenarnya.Bukan keracunan makanan, tetapi lewat ambil sarapan pagi di sekolahnya.Mungkin silap saya juga yang selama ni yang terlepas pandang tentang hal ni.Rupa-rupanya masa makan kat sekolah tadika nya iaitu setengah jam sebelum masa balik.Pukul 11 pagi!! Alamak..jadi tak hairanlah, rupanya dia dah tinggalkan sarapan pagi.Selama ini mati-mati saya ingatkan, yang kat sekolah dia ada sarapan sekitar jam 9 pagi.Rupa-rupanya tak de :( Jadi, mulai hari ini saya mesti paksa dia mengambil sarapan pagi.Walaupun dia tak suka, saya kena paksa.Alahaii....mak yang tak bekerja ni pun boleh terlepas pandang pada soal yang ni.Buat malu jer...ishh..ishh..tapi tak pe laa...pengajaran berharga buat saya tu! :D

Berbalik pula dengan dialog 1 di atas,Ianya merupakan dialog saya di antara Nabila.Dan telah membuat kan saya berfikir sepanjang malam.Jawapan ikhlas dari hati jernih seorang kanak-kanak.Sifat pendendamnya memang langsung tak de.Jauh sekali kalau dibandingkan dengan saya sebagai seorang dewasa.Betul-betul membuatkan saya menjadi bertambah matang mengenai kehidupan.Kekadang Allah nak ajar kita tentang satu kebaikan barangkali melalui anak-anak kita.Tak semestinya yang jahat itu dibalas dengan kejahatan.Memberi kemaafan itu adalah yang lebih baik.Tecetus keinsafan juga kesedaran untuk saya sebagai seorang ibu untuk Nabila yang kini sudah mencecah usianya 6 tahun pada 24 september yang lalu.Doa saya hanyalah satu dan tidak pernah putus-putus, semoga dia menjadi anak yang solehah dan hamba Allah yang bertaqwa.Amin....Ucapan selamat hari ulangtahun untuk Nabila... :)



Gambar candid ni saya ambil kat SINI.Semasa dia belajar di sana.

5 comments:

blackcardomompods said...

cutenya dear,budak2 memang ikhlas kan ckp.takde mcm kita dewasa.pastu ada sifat pemaaf yg menebal,kita kdg2 maaf di mulut tetapi tidak di hati.MOga2 di jauhkan Allah dgns ikap sebegini.so far,saya tak pernh berdendam dgn org,selalu memaafkan org walaupun org tu buat jahat sgt.

MysDear said...

Budak-budak memang ikhlas dlm percakapan.Kadang-kadang rasa malu dgn diri sendiri.
Ct, saya harap dapat mencontohi sifat ct yg pemaaf tu. :)

kayteeze said...

Selamat hari lahir Nabila sayang. Comelnya, suka tengok budak kecik bertudung.. nampak pipi tembamnya terserlah, senang nak cium, hihihi...

Dia hampir kena gastrik tu. Kena hati-hati. Anak kak tie yang bongsu tu ada gastrik gara-gara suka makan lewat. Elakkan dia dari makan benda-benda masam seperti sos tomato.. takut berulang lagi.

Sakinah said...

Assalamualaikum kak,

Happy birthday buat Nabila.. comelnya dengan tudungnya. Saya aminkan juga doa akak :)

SubhanAllah..kagum dgn ciptaan Allah. Tulusnya hati seorang kanak2 sekecil itu. Begitulah agaknya apa yg lahir dari hati yg bersih. Kadang2 budak2 bergaduh pun sekejap saja. Lepas tu dah main dan gelak bersama macam tiada yg berlaku. [Tengok anak2 buah yg selalu bergaduh sebab berebut mainan, tp sekejap dah berbaik]

MysDear said...

Kak Tie ~ Terima kasih :)tembam kat pipi jer Kak Tie, badan dia skinny, susah nak berisi mcm dia kecik2 dlu.hehe..

owhh...anak kak tie ada gastrik jugak ye.Laa...baru saya teringat..anak-anak saya dua org nie Nabila dan Nabihah suka sangat makan sos tomato.Kadang nasi sikit dari sos nya.Terima kasih kak tie.Kalo kak tie x gtau..sy langsung tak perasan tentang hal tu.

Sakinah ~ terima kasih ye :) Betul tu sakinah bdk2 kalo gadoh cepat jer berbaik.Sbb tulah..bila diorang sama adik beradik bergaduh, akak malas nak ambik pot sgt.hehehe... :D



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.