Tuesday, October 5, 2010

Cinta mOnyet di kalangan anak-anak

 Menarik sungguh isu yang dikupas dalam Majalah Anis bulan Oktober ni.Saya rasa terpanggil untuk membelinya (memang setiap bulan saya cuba jangan tak beli majalah ni).Isu kali ni berkisar mengenai bermulanya cinta monyet itu sendiri, menangani kemaruk cinta monyet anak-anak, sebab-sebab anak-anak terjebak dengan cinta monyet dan cara-cara penyelesaian untuk berdepan dengan anak-anak yang dilamun cinta monyet ni.

Fuhh...ibubapa mana yang tak risau jika anak-anak terjebak dalam cinta monyet ni.Termasuk saya juga sebenarnya.Memandangkan anak gadis sulung saya semakin meningkat remaja, risau dan rasa bimbang memang sentiasa bersarang di dalam hati sekarang ni.Bukan tak mempercayai dia, cuma saya rasa langkah berhati-hati memang perlu ada untuk berdepan dengan situasi sebegini.Nau'zubillahiminzalik...semoga di jauhkan apa yang tak baik kepada keluarga kami.


Gambar ihsan: Google

Apa kata saya kongsikan beberapa tips yang boleh saya simpulkan untuk menangani cinta monyet di kalangan anak-anak kita.(melalui pembacaan majalah Anis tersebut)

1. wujudkan budaya usrah dalam keluarga, iaitu perbincangan sesama ibubapa dan anak-anak.Tanya siapa kawan-kawan mereka.Kalau boleh kenal siapa kawan-kawan mereka.
Perbincangan juga untuk mendengar luahan hati mereka, permasalahan mereka agar mereka merasa diri mereka disayangi.

2. Dampingi mereka selalu , jadi sahabat mereka.Kebanyakkan anak-anak yang terjebak dengan cinta monyet ini adalah mereka yang kekurangan kasih sayang ibubapa.

3. Ayah perlu mengasihi anak perempuan dan menjaga kebajikan mereka.Hingga satu hari nanti ayahnya akan menjadi role model yang terbaik untuk mencari bakal suami seperti ayahnya.

4. Anak lelaki hendaklah disibukkan dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan aktiviti bersukan.Sehingga tiada ruang untuk nya memikirkan untuk terjebak dengan cinta monyet.Sayangi lah mereka, peranan ibubapa penting dalam hal ini.

...dan banyak lagi tips nya..saya ringkaskan sepadat mungkin seperti yang di atas.Semoga Allah pelihara anak-anak kita dari terjebak dengan cinta monyet.Amin..rabbala'lamin...


MysDear - Cinta monyet memungkinkan kepada bunga-bunga zina...nau'zubillah.


Gambar ihsan:Google

5 comments:

Ummi Hanie said...

salam mysdear,

bagus sgt info2 ni !

bukan mudah nk didk anak2 zman skrg ni...kena kuat mental fizikal

MysDear said...

Hanie ~ benar tu.Bukan mudah nak didik anak-anak zaman ni.Godaan nya banyak sgt.

kayteeze said...

Salam Dear,
Betul tu, anak-anak sekarang kurang sifat malunya. Susah lak nak ajar sebab sifat malu hadir dengan semulajadi.

Kerana itu kak tie selalu nasihat dan bercerita pada anak-anak (kisah kak tie dah suami dulu, hihi...), dan tegaskan, kalau nak bercinta pun tunggulah sampai masuk U. Sebab di sana, kita boleh nilai, sahabat2nya, perangainya dan akhlaknya. Kalau nak berkawan pun kena ada limit dan selalu ingat Allah itu sentiasa melihat dan mendengar.

MysDear said...

w'ssalam Kak tie,

Zaman sekarang budak2 yang d sekolah rendah pun dh pandai cintan cintun.Siap ada buat spare lak tu...adehh...

Bagus tindakan kak tie tu.Anak-anak kena diberi pantauan juga nasihat dari semasa ke masa supaya mereka beringat selalu.Saya pn tengah belajar tentang tu :)

Mesti diorg sronok dengar cerita cinta mak ayah diorg kan...hehehe...

Gilakah Aku!!? said...

Seronoknyee.. bace.. hihi.. Done follow your..blog.. Jom Follow.. Blog.. Sy..


http://gilakahaku.blogspot.com/



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.