Friday, October 8, 2010

Bahagia itu datangnya dari HATI

Semua orang inginkan kebahagiaan.Tanpa kebahagiaan , hidup rasa macam kehilangan sesuatu jer..Ada setengah orang berasa bahagia bila punyai banyak duit dan harta.Ada juga yang rasa bahagia bila dikurniakan kesihatan yang baik.Ada orang bila mendapat meraih sesuatu kejayaan, hatinya berbunga-bunga di sirami rasa bahagia.Ada orang bila dapat dikurniakan zuriat yang ramai, itulah kebahagiaan baginya.Ada juga, yang di kurniakan pangkat darjat itu merupakan satu kebahagiaan yang tak terhingga baginya.Dan ada juga, yang tak punyai apa-apa, hatinya tetap bahagia.

Gambar ihsan :Google


Jadi apa pengertian bahagia sebenarnya? Bagi saya bahagia itu satu yang subjektif.Semua orang berbeda ukuran bahagianya.Tapi untuk mendapatkan bahagia, hati kena dibahagiakan dulu.Baru ada ummph! rasa bahagia itu.Betul tak?.Sebab semuanya berpunca dari hati.Hati merupakan tunjang utama dalam diri seseorang.Pokok pangkalnya semua dari hati.Hati tak bahagia, diri  menjadi derita, merana dan putus asa pada hidup.Nau'zubillah ye...moga kita dijauhi dari benda yang tak baik.Dan diselubungi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Amin...:)

MysDear - orang di hospital bahagia adalah orang yang paling 'bahagia'...dia tak solat pun tak kira berdosa.

6 comments:

DKosongLapan said...

Salam Keneiii....
berbahagile sape yang mengikot sughuhan Allah...dan meinggeikan segale laghangan nyee.....

errr...sekali macam Ustaz pulakkk....

MysDear said...

InsyaAllah ...

blackcardomompods said...

sangat tertarik dgn tulisan dear..bhgia tu sebenarnya dr sudut yg brbeza.ada org bahgia hidup tanpa wang yg banyak,ada orang bahagia bila hidup diliputi wang

MysDear said...

terima kasih ct..memang kebahagiaan itu diukur berbeza.Terpulang pada masing2 kan :)

Sakinah said...

Salam kak,

Bahagia hakiki diukur dgn hati yg tenang, tenang hasil dari mengingati Allah dgn hakikat sebenar-hasil pembacaan tulisan Pahrol Juoi :)

MysDear said...

w'salam sakinah...

Benar sakinah....itulah yg sebenarnya bahagia. :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.