Tuesday, October 26, 2010

Asal-usul nama MysDear Therapy Site

Terlebih pulak aura kerajinan saya nak update blog hari ni.Ada tersilap makan ke? minum? entahlah... apapun saya nak cerita sedikit asal usul nama blog saya ni, MysDear Therapy Site.Tak ada lah cerita menarik pun, cuma nak dijadikan buah mulut  modal untuk entri blog saya hari ini.Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca.Berbunga-bunga, mekar setaman jer rasanya dalam hati saya ni:)

 Header pertama yang saya guna



Berbalik kepada tajuk entri di atas, asal usul nama ini wujud apabila tercetus satu perbualan di ruang sembang muka buku saya yang telah deactivated tu.Perbualan ini antara saya dan kakak ipar saya ( isteri abang saya).Memulanya kami bertanya khabar, cerita pasal anak-anak,cerita pasal dunia luar dan dunia maya, cerita itu cerita ini..akhir sekali timbul pulak cerita tentang Shopping.Kak ipar saya mempunyai minat yang sama seperti saya jugak, suka shopping @ window shopping.Tapi tahap ketagihan dia lebih sikit dari saya tau...hehe.Dia juga merupakan surirumah sepenuh masa seperti saya.Dia beritahu saya, shopping ni ibarat Therapy untuk dia.Kiranya macam 'ubat penenang' bagi dia.

Bermula dari situ, saya mula terfikir...ada baiknya saya jadikan ia satu nama untuk blog saya.Sesuai untuk saya jadikan blog ini sebagai 'ubat penenang' buat saya.Maka , lahirlah blog yang tak seberapanya ni.Kat SINI , saya ceritakan serba sedikit.


ok,
selamat berblog! ;)


MysDear - aura neskape kaw2 pagi tadi kot...

6 comments:

kakyong said...

MysDear,

yer betul.. kakyong setuju bebenor. blog ni memang satu kaedah terapi.. sbb kakyong SAHM.. dan jrg ade peluang terapi shopping.... :)

kakyong dah semak link & banner utk mini GA.. semuanya in order... LULUS.. gud luck yer..

kakchik said...

begitu rupanya. Terima kasih... dapat juga kakchik tahu sejarah wujudnya blog MysDear ni. Semoga terapinya berjaya :)

Ummi Hanie said...

salam Mys,

terapi jgn x terapi ! ekceli kite smua same mcm Mys..blogging is a way of therapy..takkan asik nk shopping manjang kan?botak laa laki kite...kih3x...

aipp..masih minum neskape?kantoi..;p

MysDear said...

Kak yong ~ terapi shopping hanya dapat buat sekali sekala.time ada duit jela...hehe

yess! mekasih banyak kak yong..hope saya bleh menang :D


Kak Chik ~ terima kasih Kak chik.Meluangkan masa ziarah saya di sini walaupun saya tahu Kak chik sentiasa sibuk :)

Hanie ~ w'salam..

hehehehe...betul tu hanie.Sekarang dah tak selalu kuar rumah..shopping on9 ler pulak :P

kopi tu untuk minggu ni.sekarang ni cuba nak minum sekali seminggu jer Hanie ;P

Ummi Hanie said...

jap Mys...cntik header pertama tu ! yg slrg ni pun cntik jugak..sume cntik..pink kaler...i likeee ;p

MysDear said...

Thx hanie...header yang biasa2 jer...main letak font jer. xreti nak godek2 lebih..:D



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.