Tuesday, October 5, 2010

Alhamdulillah..Terima kasih tuan rumah..

Saja-saja nak buat entri ni walaupun saya tahu bukan tuan rumah baca pun :P Cuma berasa syukur sangat-sangat dengan penambahan perabut dan kelengkapan bilik rumah sewa kami.

Alkisahnya...Pada rabu yang lepas, suami mendapat panggilan dari tuan rumah.Katanya nak masukkan dua katil, satu tilam dan satu meja solek.Alhamdulillah...memang tersimpan hasrat di hati untuk mengadakan katil untuk bilik anak-anak perempuan dan anak lelaki saya.Cuma apabila difikir panjang, kesan masa panjang...perabut tersebut nanti akan ditinggalkan begitu jer, bukan dapat di bawa balik pun.Boleh kalau nak angkut bawak balik, tapi sudah tentulah memakan kos yang amat tinggi.So, saya biarkan bilik-bilik rumah sewa kami hanya dilengkapi tilam sahaja tanpa katil.

Katil-katil tersebut saya letakkan ke bilik-bilik anak kami.Bilik kami tak memerlukan katil sangat di sebabkan tilam yang kami beli hari tu, dah cukup tinggi.Kasihan jugak, dengan anak-anak.Tilam hanya sekadar tebal yang biasa-biasa sahaja.Risau juga dengan serangga yang suka dok merayap.







Bukan gambar sebenar (ihsan Google) ....tapi cantik kan? Kalau yang katil warna biru tu belakang dia ada map..sesuai sangat dengan anak lelaki saya yang sukakan world map.
Yang katil pink tu pulak, sesuai sangat dengan anak-anak perempuan saya.
hehehe... :D


sekian, wassalamm...

8 comments:

kayteeze said...

Alhamdulillah....

Ini menunjukkan tuan rumah amat percaya pada Dear sekeluarga.

Kak tie pulak rasa serik menyewakan rumah pada orang.. Selalunya samada mereka lambat bayar (2 bulan sekali) atau buat kotor seperti biarkan anak2 menconteng dinding, padahal baru je dicat, tak cuci tandas (jenuh kak tie cuci, seolah2 tak pernah cuci selama 2 tahun.. punyalah tebal daki2nya...), pastu bila pindah, tinggalkan barangan tak berguna dan sampah berselerak dalam rumah. Memang tak ada adab langsung. Masa nak sewa bukan main baik je merayu...

Sekarang ni kak tie buat homestay, seorang rakan bantu menguruskannya.. Lagi senang. :)
.
.
Err... meleret lak cerita kak tie, hihihi..

Ummi Hanie said...

alhmdllh...syukur nikmat...
murah ati tuan umah...untunggg mysdear n family...

brape ank mys semua?3 kan?

Sakinah said...

Salam,

wahh baiknya tuan rumah tu..

MysDear said...

Hanie & sakinah ~ A'ah alhamdulillah sgt2...hanya Allah saja yg balas budi baiknya :)

anak semuanya ada 4.Tiga perempuan 1 lelaki, Hanie.

MysDear said...

Kak Tie ~ hehehe..tulaa, sbgai penyewa pn kita kne pk jugak pasal rumah yg kta tu rumah org.Kena jaga kebersihan.Org berbudi kita berbahasa kan? :D
owhh...dh jadi homestay ye? area mana tu kak tie?

ummufatihah said...

ALhamdulillah... BAk kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa.. :).. Insya'Allah kalau kita buat kebajikan, Allah balas balik dengan pelbagai cara.. Mesti anak2 buahku akan berseronok di katil2 baru tu nanti.. :)

MysDear said...

ummufatihah~ Allah maha mendengar apa yang terbuku di hati ni sejak mula lagi sewa kat rumah ni.Alhamdulillah..

Nabila madah selesa adik tidur.

BIONIC WOMEN said...

baik hati sungguh tuan rumah akak...kat maner akak menyewa ni..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.