Friday, September 24, 2010

Pahit di rasa, manis bila dikenang

Gambar ihsan Google



Bahang Ramadhan telah berlalu, bahang Syawal menjelma pula.Dah masuk 15 Syawal pun hari ni.Macamana dengan sambutan Aidilfitri yang lalu? Bagi saya, sambutannya sederhana sahaja.Persiapannya pun ala kadar.Lagipun persiapan yang dibuat di saat-saat akhir.Saya membeli baju anak-anak pun ikut ambil sambar jer.Tema baju tahun ni, warna biru.Jadi , baju-baju asalkan ada tona biru saya sambar jer untuk suami dan anak lelaki saya..hehehe...kerja last minute punya pasal.Tak pa lah..janji dapat raya kann...:D

Dua malam yang lalu, sewaktu melalui depan hospital specialist tak jauh dari kawasan perumahan saya, saya dan suami mengimbas kembali kenangan terindah semasa Ramadhan yang lalu.Di situlah kami berbuka puasa sekeluarga dan pernah dua kali saya bersahur sendirian di salah sebuah bilik hospital tersebut.Dua kali keluar masuk hospital tersebut tapi dengan dua orang pesakit yang berbeza.Kali pertamanya, Nabila yang kena admit.Sejak petang sebelum dia di masukkan di hospital, dia mengadu sakit perut dah muntah-muntah.Puncanya tidak diketahui.Doktor cakap, perutnya masuk angin.Keesokkan nya pula doktor mengesahkan bahawa dia keracunan makanan.Kesian dia...kena cucuk tang tangan sebab doktor nak masukkan air.Lemah longlai anak mama...makan dan minum tak dapat.Setiapkali makan dan minum terus jer muntah-muntah.Dua malam Nabila berada di hospital.Saya dan suami bergilir-gilir mengambil giliran untuk menjaganya.Alhamdulillah,dua malam menginap di situ siangnya Nabila dibenarkan balik ke rumah.Kebetulan keesokkannya cuti hujung minggu.Jadi dapatlah kami berbuka puasa bersama di rumah.

Hari isnin nya pula, Nabihah pulak menghadapi simptom yang sama seperti Nabila.Saya dan suami bergegas ke hospital berhampiran.Terus Nabihah kena admit.Doktor dapati cecair dalam badannya agak berkurangan.Bibirnya merekah merah.Simpati pula menyinggah di hati.Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dalam kesakitan.Kami sekeluarga kembali 'berkampung' kat hospital tu.Saya dan suami bergilir-gilir menjaga Nabihah.Jika malamnya saya bermalam di hospital, suami pulak ambil syif menjaganya di siang hari.Alhamdulillah , dengan keprihatinan doktor dan jururawat-jururawat yang ada, Nabihah semakin sihat walaupun tangan nya bercucuk dengan saluran untuk tambah cecair dalam badannya.Namun Nabihah masih lagi tidak dibenarkan keluar hospital, memandangkan kesihatannya belum pulih sepenuhnya.Dah nak masuk 4 malam dia di hospital.

Memandangkan tinggal seminggu jer lagi nak raya, persiapan baju-baju anak pun tak beli lagi, jadi saya mencadangkan kat suami supaya mintak jer kat doktor untuk membenarkan Nabihah keluar hospital.Alhamdulillah doktor benarkan.Dan Alhamdulillah jugak, Nabihah semakin pulih.Lagi-lagi bila dapat bermain-main dengan kakak-kakak dan abang dia.Laa...patutlah tinggal kat hospital tak sembuh-sembuh, rupanya rindu dengan 'rakan sepermainan' kat rumah :) Macam-macam jer bebudak ni kan...

Itulah sahaja al kisahnya, cerita serba sedikit keluarga kami di Ramadhan yang lalu....sedikit sebanyak telah mengajar saya erti sebuah kesabaran dan redha di atas apa yang berlaku.Saya percaya di sebalik musibah ada hikmah yang tersembunyi.Memang terasa pahit bila merasai sesuatu musibah, tetapi apabila dikenang kembali manis pulak terasa.

1 comment:

Sakinah said...

Salam,

"pahit dirasa, manis bila dikenang".. menarik..betul la..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.