Thursday, September 2, 2010

Balik kampung

Pejam celik, pejam celik dah hampir benar dengan tarikh keberangkatan kami untuk balik kampung ( betul ke ayat ni..hihi) Alhamdulillah...akhirnya balik juga saya ke kampung halaman yang saya rindui.Selama 8 bulan lebih di sini macam terasa cepat jer masa berlalu.Kalau perempuan mengandung dh kira sarat bulan dah tu..tunggu nak bersalin jer lagi.Tu perumpamaannya jer...jangan pulak kata saya sedang sarat mengandung masa ni...hehehe.Tempoh yang agak lama berpisah dengan kampung dan mak abah.Walaupun kepulangan kami nanti untuk seketika bagi memberi laluan menyambut Aidilfitri, tapi bagi saya begitu memadai untuk saya melepaskan rindu pada kampung halaman.Satu minggu berpuasa dan satu minggu beraya, kira ok jugak tu.Tak dapat nak ambil cuti banyak-banyak sebab anak-anak sekolah kan.Tapi tak pe lah...lama ke sekejap tu belakang kira.Asalkan dapat balik kampung..sudah.Syukur alhamdulillah....:)

Hari ni, semangat jer bangun sahur.Bukan hari-hari lain saya tak semangat, tapi hari ini aura semangat tu ada terlebih sikit.Hari ni saya bercadang nak buat persiapan terakhir untuk packing barang-barang apa yang patut.Juga membeli sedikit lagi barang yang tak sempat di beli.Bukan sebab sebelum ni, saya khusyuk sangat berpuasa... (bukan sebab tu ya Ct..hehe) tapi ada sebab dan kejadian yang tak dapat dielakkan yang telah menimpa kami sekeluarga.Hmm...nanti balik dari beraya saya story k.

Berbalik dengan persiapan balik kampung tadi, tahun ni sambutan raya kami seperti biasa sahaja cuma yang berbezanya kami tak beraya di rumah sendiri.Yalah...rumah pun dah kena sewa.Takkan nak halau penyewa tu disebabkan nak beraya...hehehe.Cuma , beberapa hari yang lepas, Nabila ada bertanya, sama ada kami akan beraya di rumah kami sendiri.Apabila suami memberi jawapan 'Tidak', Nabila pulak menarik muka masam mencuka dan merengek sedih.Budak-budak katakan...perasaan halus mulus tu tetap ada.Jangankan kata budak-budak , mak budak ni pun kekadang berperasaan begitu.Terkenang saya semasa saya beraya di rumah sendiri dulu-dulu.Walaupun kemeriahannya hanya dirasai oleh kami sekeluarga terutama di malam raya..tapi hati saya cukup bahagia.Dan di pagi rayanya pula menziarahi mak abah dan mentua di kampung.Buat pengetahuan semua, rumah saya dan rumah mak abah juga keluarga mentua tak da lah jauh sangat.Dalam masa 20 minit ke satu jam dah pun sampai :)

Ececece..bernostalgia la pulak saya ni...hehe.Lap-lap airmata jap.Berdrama la pulak ye :P
Oh ya, rasanya ini adalah titipan saya yang terakhir sebelum raya dan di penghujung Ramadhan.Sebab nanti bila berada di kampung nanti keadaan tak mengizinkan untuk saya di atas talian.Jadi, di kesempatan ini, ingin saya memohon beribu-ribu lemon kemaafan jika ada terlanjur kata, tersilap bahasa, terkasar bicara di dalam setiap entri saya juga tak lupa semasa saya pergi berziarah dan memberi komen dalam blog kalian semua.Harap di maafkan lah ye.

Opss..jangan lupa, Ramadhan tak abis lagi tau.Teruskanlah beribadah, perbanyakkan amalan semoga kita diketemukan satu malam yang di nanti-nantikan, Lailatul qadar.Peluang hanya datang sekali dalam setahun.Satu lagi sebelum saya terlupa, teringat kepada sebuah hadis yang saya ambil dari majalah Anis keluaran September baru-baru ni.Hadis tersebut berkaitan dengan keutamaan ibadah di malam raya.Ianya berbunyi seperti berikut:

"Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu Hari Kiamat" Hadis Riwayat Tabrani daripada Ubadah bin Soib.


Maknanya malam raya digalakkan untuk kita menghidupkan malam tersebut.Perbanyakkan amalan dan ibadah seperti bertakbir, solat dan berzikir.InsyaAllah ..untuk peringatan diri saya sendiri juga sebenarnya.Tak salahkan, jika kita perbetulkan yang biasa, dan biasakan yang betul.:)

Oklah...panjang jugak bebelan saya kali ni ye..hehehe...tak sangka pulak dah banyak perenggan saya taip.Akhir kata, ucapan dari saya sekeluarga untuk anda semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf zahir dan batin.Panjang umur kita jumpa lagi.Salam sayang untuk semua..




Wassalam..

5 comments:

ummufatihah said...

Salammmm... :)

Balik kampung.. ooo.. balik kampung... :).. Jumpa di sana..

Azarni Collection said...

Salam mysdear jelita...
ini kak laili ni..hehe..tetapi nanti komen keluar nama lain.
SELAMAT HARI RAYA N MAAFKAN AKAK KALAU SEPANJANG PERKENALAN KITA, AKAK ADA MEMBUAT MYSDEAR JELITA KECIK HATI. Selamat pulang berhari raya di kampung.

melurjelita.com

melurjelita.com

MysDear said...

ummu~ hehe...dh balik semula daa...


Kak melurjelita ~ owh..kak laili rupanya...blog lain la nie ye :)

salam aidilfitri kak laili..maaf zahir batin jugak ye :)

kayteeze said...

Salam Dear,

Sibuk dengan urusan rumah, ya... tak pe laa... sampai tika, mood menulis datang, bolehlah update, ya... :)

MysDear said...

w'salam kak tie,

sibuk jugak...sbb baru balik kampung.Seminggu baru dapat selesai kemas-kemas semua barang-barang kat rumah.
Ada dh ideanya.hehe..thx sebab singgah :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.