Thursday, September 30, 2010

Abaya

Ramai sudah tahu apa itu abaya bukan? jubah hitam yang sering dipakai oleh wanita-wanita timur tengah.Sekarang ni saya suka sangat tengok orang pakai abaya.Cantik dan sopan jer.Sekarang saya sedang berjinak-jinak memakai abaya.Walaupun warna nya yang gelap (hitam) tapi tampak elegan jer kalau disarungkan.

Saya pernah terbaca di majalah mengenai abaya ni.Biasanya Abaya yang polos di bahagian hadapan untuk membezakan yang pemakainya masih single.Kalau yang ada corak-corak di hadapannya pulak, adalah untuk yang married.Tak tahu la fakta ini benar atau tak.Sebab saya tengok abaya asal cantik jer dan janji menutup aurat kan.. :D
 Gambar ihsan :The Abaya Souq (agaknya ini la yg dikatakan abaya polos di bahagian depan tu kot)

Untuk tidak menampakkan terlalu gelap sangat, saya sesuaikan pula dengan tudung cotton berwarna dan ada corak..Yang pastinya warna tudung tersebut tidak terlalu menyerlah sangat.Kebanyakkan tudung fesyen terkini agak kurang sesuai dengan bentuk muka saya.Baik yang jenis tudung ber'awning' atau yang jenis tudung syria.Apatah lagi kalau yang jenis tudung selendang.Alahai...nak membelit-belitnya untuk saya yang kurang mahir ini mungkin agak memakan masa! :D

Panas ke memakai Abaya warna hitam ni? Panas tu tak delah panas sangat.Walaupun abaya ni warna gelap (hitam) tapi kalau kita pandai memilih kain yang sesuai.InsyaAllah akan selesa dipakai :)Kurang berpeluh dibuatnya.Jika selesa dan berkualiti jenis kainnya, harga nya lagi mahal.Tapi berbaloi-baloi tau..

 Gambar ihsan : The Abaya Souq


Gambar ihsan: Abaya elegan

Mungkin anda boleh mencuba satu! :)


MysDear - tak mampu nak beli yang mahal-mahal :)

2 comments:

Ummi Hanie said...

salam mys,

hanie pun peminat abaya ni tau..

my mom ada hadiahkan abaya dubai..mmg best kainnya..ringan,xpanas dan elegan !sukee bangat pakai tu..cume rumit sikit la nk selak2 sbb ank masih menyusu kan..

hanie pun ade simpan niat nk tmbh koleksi abaya.raya baru ni ada gak beli 1 . labuh bebenor..kena alter

MysDear said...

W'salam hanie..

Sama lah kita hanie..minat jugak ngn abaya ni.Sbb cantik juga tampak elegan.Kalo masih bf kne beli yang open front nya abaya, hanie.

Abaya ni biasanya kalo nak beli kena berdasarkan size labuh.Kalo ukuran bahu tak penting sgt.Sbb kebanyakkan abaya x de ukuran bahu.

Sama-samalah kita berusaha buat koleksi abaya yer...hehehe..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.