Friday, August 13, 2010

Tip makan sahur

1.  Penduduk Malaysia sebaiknya semasa bersahur, makanlah makanan berat.Ini kerana kita berpuasa selama 14jam dan banyak tenaga yang perlu dikeluarkan pada siang hari. (biasanya selepas makan nasi, saya bancuh nescafe panas bersama krimer/susu.Nak kasi tahan perut dan elak mudah mengantuk)

2.  Antara makanan yang sesuai ialah nasi , capati, makaroni, spagetti dan bijirin seperti oat.Lauk dan sayur dimasak berair dan panas seperti sup atau tomyam lebih membuka selera ( nasi memang tetap ambil sebab risau kena migrain lak nanti )

 Gambar ihsan:Google


3.  Jika ada ahli keluarga yang tidak lalu makan pada waktu sahur, galakkan makan lebih kurma dan minum susu segar atau madu.Makanan ini mampu membekalkan tenaga pada siang hari.( memang benar kurma banyak memberi tenaga)

4.  Semasa berbuka, sebaiknya mengambil makanan pada jumlah yang ala kadar supaya badan ringan beribadah solat fardhu, solat terawih dan bertaddarus Quran. (kalo makan byk masa berbuka bleh jadi semput tau..hehe)

5.  Pada waktu moreh (selepas solat terawih) jangan makan beria-ria, memadai memakan sepotong dua kuih.Ini bertujuan supaya waktu sahur, kita boleh makan banyak sebagai pembekal tenaga pada siang hari supaya cergas bekerja seperti biasa. (InsyaAllah..moga-moga kerja rutin kita berjalan seperti biasa dan diberi kesihatan yang baik )

Majalah ANIS  keluaran Ogos 2010

6 comments:

ummufatihah said...

Maklumat berguna. Tkasih dan salam Ramadhan dengan ucapan "dah siap packing?"... :)

Jojoe said...

thanx sis...siap packing nak ke mana???huhuh

blackcardomompods said...

tq dear tp betul tu,jgn mkn byk,memang semput smpi nk solat isyak pun tersengguk

salam ramadhan dear!

MysDear said...

ummufatihah ~ sama2...hehe...lambat gik nak packing...tp dlm hati dh berkobar2 jak rasa :D

aNIS ~ packing nak balik raya :D

ct ~ hehe..tula..mata pun cepat je ngantok kan...

salam Ramadhan ct :)

kayteeze said...

Salam Dear, bagus tips tu. Kak tie sekeluarga biasa makan nasi untuk bersahur, bimbang tak cukup kuat untuk berpuasa nanti, hehe...

MysDear said...

w'ssalam Kak Tie, memang nasi pilihan terbaik untuk sahur.hehe...sama dengan saya jugak :D



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.