Monday, August 30, 2010

Sudah sampai dipenghujungnya...

Salam...haihh...lama tak menaip sesuatu di ruangan blog ini.Rindu pulak rasanya.Walaupun ada juga saya sekali sekala menjenguk blog ni tanpa apa-apa kata.Sempat juga lah membuat blogwalking ke blog rakan blogger yang lain tapi tak meninggalkan apa-apa jejak.Saya tumpang baca jer ye.Sebab kalo nak beri comment..aduss! ilang idea pulak..(amboii...nak comment pun ilang idea?? org lain pun puasa jugak kan..hehehe...)

So macamana Ramadhan kali ni? Harap Ramadhan ini menimbulkan kelainan yang begitu istimewa di hati kita.Saya? hmm...Ramadhan ini banyak berbeza.Al maklum lah pertama kali sambut Ramadhan di tempat orang.Banyak benda baru yang saya rasakan tak kurangnya benda biasa tak jauh beza dengan kampung saya.Namun sedar tak sedar dah memasuki penghujung Ramadhan.Perasaan bercampur baur.Sedih ada, gembira pun ada.Bila di imbas kembali pada awal Ramadhan, memang banyak kenangan yang terselit.Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar juga peringatan untuk diri ini.Dan semoga ada cintaNya untuk saya.

Apapun, saya tak dapat nak taip panjang-panjang.Idea memang agak kurang.Haihh..lama tak menaip kat sini rasa terkial-kial pulak rasanya nak meluahkan dalam bentuk ayat-ayat dan perkataan.InsyaAllah...kalo kerajinan saya ada nanti ada lah artikel yang menyusul.Itupun kalau ada...hehehe .. Oklah..salam sayang untuk semua....wassalam..


MysDear - sedang ligat nak packing barang-barang..

4 comments:

blackcardomompods said...

Dear,

khusyuk betul u berpuasa ni..hehehe..i pun sometimes baca tp tak tinggal komen pasal letih nk pikir nk ckp pe.kdg2 takut tersilap ckp.

Salam menyambut malam istimewa,moga2 kita dpt bertemu mlm itu.

blackcardomompods said...

hope u get my comment dear.tak nmpk pulak tang sini

ummufatihah said...

Salam Ramadhan...

Dah byk shopping? ada meli brooch tek?.. :)

MysDear said...

bcp ~ hehehe...'khusyuk' lah sgt padahal letih sgt2 mengalahkan puasa budak tadika..aminn..moga kta bertemu malam tersebut ye :)


ummu~ kelam kelibut pergi shoping last minit..mcm2 hal jak..pas sigek..sigek jak dugaan timbul.Tapi Alhamdulillah..dugaan puasa juak ya.Kmk sik g jalan TAR..shopping kat umah jak :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.