Wednesday, August 4, 2010

Selamat Tinggal MukaBuku!

Kepala berdenyut sikit-sikit.Tapi boleh bertahan lagi.Sempat surfing lagi tadi.Cuma kali ni area surfing saya hanya berkisar dari blog ke blog.

Kalo dulu ada MukaBuku , memang banyak masa saya di sana.Sepatutnya saya deactivate kan akaun saya berkuatkuasa 1 0gos 2010, tapi agak terlewat sedikit memandangkan ada urusan yang belum selesai dengan peniaga online dalam tu.Saya hanya dapat deactivate secara seriusnya semalam.Alhamdulillah...tertunai sudah hasrat hati saya.Walaupun sebelum ni hati berbelah bagi nak tinggalkan MukaBuku.Cuma saya amat terkilan sekali, kerana MukaBuka tak dapat di deletekan akaun nya.Hanya boleh di deactivate kan sahaja :(

Gambar ihsan:Google

Kenapa saya deactivate kan MukaBuku saya adalah kerana....banyak sebab-sebabnya ,tapi apa yang dapat saya simpulkan, saya memang tak dapat menguruskan masa saya dengan baik semasa di MukaBuku.Cukuplah satu tahun lebih saya di situ.Saya harap saya takan meng'active' kan kembali MukaBuku saya.Semoga Allah makbulkan doa saya.Saya pun perlukan doa-doa yang baik dari anda semua :)

6 comments:

blackcardomompods said...

dear,.say pun sama dgn dear.memang susah nk close FB ni kan.ada je halangan.saya pun lam 1 thn lebih gak.dok on off last2 close.kdg2 nk off tetapi masuk pm masuk,terus tak jadi.last2 kena mohon dr Allah,tetapkan hati,baru dpt.itupun berbulan2 bru termakbul.oohhh betapa sukarnya dear!!!

rasanya kita sure sama feelingnya.

Taniah dear!

Sakinah said...

Salam kak..tahniah!

Saya pernah deactivate fb, sebulan tak buka. lepas tu buka lagi. sekarang ni saya aktifkan sekali-sekala utk berkongsi ayat2 quran/hadis. tapi rasa ketagih tu dah takde. saya belum sampai setahun buka akaun fb. tak tahannya rasanya..macam ikan depan kucing, kalau dah buka fb mesti nak tengok status rakan2 yang sebenarnya hal-hal yang tak perlu yg kadang2 rasa merosakkan hati. sebab sedar dgn keadaan diri yg tak dapat kawal aktiviti di fb, baik saya tinggalkan. [sebenarnya tak tinggal terus]

semoga kita terhindar daripada perkara yg sia2.

MysDear said...

Bcp ~ Alhamdulillah ct, akhirnya kita berjaya juga menempuh kesukaran itu, melawan apa yang kita ingin jauhkan dan lupakan.Semoga Allah terus tetapkan hati kita..amin :)

Sakinah ~ w'ssalam..

Sebelum ini akak tak nah terfikir nak deactivate pun Fb tu..sbb hati masa tu tak kuat kot.Alhamdulillah lama kelamaan, hati terpujuk juga akhirnya...dan sekarang hati akak bertambah lapang sgt2..:)

blackcardomompods said...

yes dear,now we can feel the peaceful soul inside!!!!taniah!itulh yg kita cari.

ummufatihah said...

Salam Mai.. Tahniah.. Saya bila lagi... :) Doakan yang terbaik. Masih lagi belum mampu nak mengucapkan selamat tinggal walaupun kadang2 terdetik juga niat itu.. Tapi Insya'Allah berusaha ke arah mengurangkan aktiviti bergame di sana...

MysDear said...

Bcp ~ tenang dh rasa jiwa raga..hehe..tahniah juga untuk ct yer..:)


Ummu~ makseh m.yah..InsyaAllah..dalam masa terdekat ni kot :) Ramadhan dh dekat , doa banyak2 moga makbul doa tu nanti :) saya di kejauhan juga turut mendoakan.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.