Monday, August 9, 2010

Sayidah Nafisah : Abidah yang banyak karamah

Ringkasan dari apa yang saya baca mengenai artikel ini.

  • Sayidah Nafisah adalah titisan zuriat Rasulullah saw.Datuknya Zaid Bin Hassan merupakan cucu Sayidina Ali bin Abi Talib k.w ( suami kepada Fatimah, puteri Rasulullah saw)
  • Di lahirkan di Makkah dan di besarkan di Madinah, namun kemudiannya menempa sejarah hidup di Mesir.
  • Seorang yang gigih dan tekun beribadah.Istirehatnya di dalam solat dan semasa membaca Al quran dan semasa asyiknya dalam lazat zikrullah.
  • Seorang isteri yang taatkan suami walaupun beliau merupakan abidah (ahli ibadat) yang hebat.
  • Seorang yang pemurah suka bersedekah.Pernah bila mana raja telah memberinya sejumlah seribu dinar, namun wang tersebut tidak sempat dibawa masuk ke rumah sebab sudah habis disedekahkanya kepada fakir miskin.
  • Telah khatam Al quran sebanyak 4000 kali sepanjang hidupnya.
  • Menunaikan haji sebanyak 30 kali kebanyakkannya beliau berjalan kaki menuju ke Makkah.
Gambar ihsan:IluvIslam.com





Bukti karamah yang dimilikinya

1. Hidupnya sezaman dengan ulama pengasas mazhab Fiqah terkenal, Imam As syafii.Imam As syafii selalu juga menziarahi Beliau untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat dan yang paling penting banyak ilmu-ilmu yang boleh dikutip.Menjadi kebiasaan Imam As syafii, menghantar utusan bertemu Sayidah Nafisah apabila kesihatannya tidak sempurna.Hajat dikirim untuk memohon doa kesembuhan pada penyakitnya.Lalu, dengan kehendak Allah swt jua, belum sempat utusan tersebut sampai ke rumah menemui Imam As syafii, ternyata beliau sudah sembuh dari sakitnya.

2. Pada suatu ketika, jiran sayidah Nafisah menumpangkan anaknya sebentar di rumah beliau.Walaupun jirannya beragama Yahudi namun baginya tiada masalah bagi memenuhi hajat pertolongan jirannya itu.Apabila hampir masuk solat, Sayidah Nafisah pun berwudhuk sambil di perhatikan oleh anak jirannya.Terdetik di hati anak jirannya itu untuk menyapu air bekas wudhuk Sayidina Nafisah ke kaki nya yang lumpuh.
Dengan tidak semena-mena, dengan izin Allah, maka sembuhlah kakinya yang lumpuh itu.


3. Dan pada suatu ketika yang lain, beliau didatangi seorang lelaki yang meminta perlindungan keamanan.Gabenor yang suka menzalimi rakyat ketika itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya tanpa alasan yang munasabah.Maka berkatalah Sayidah Nafisah " InsyaAllah , setelah engkau menghadap gabenor, engkau akan dibebaskan.Pergilah jangan takut.Semoga Allah menghijab kamu daripada pandangan orang-orang zalim, " sebagai kata semangat untuk lelaki tersebut.

Setibanya di istana gabenor, lelaki malang itu dibawa menghadap.Tetapi peliknya, beberapa kali ditanya oleh Gabenor itu kepada pengawal nyatentang seorang lelaki yang mereka perlu tangkap dan dibawa menghadapnya.Tapi diyakini oleh pengawalnya, bahawa lelaki itu telah berada dihadapannya.Namun, gabenor tidak nampak sesiapapun dihadapannya melainkan pengawalnya.Membuktikan betapa doa Sayidah Nafisah tadi benar makbul.Dan akhirnya, lelaki tersebut dibebaskan.


Sayidah Nafisah menghembuskan nafas yang terakhir , pada tahun 208 Hijriah pada usia 63 tahun dalam keadaan berpuasa.Di saat-saat ajal sudah hampir, beliau yang hafaz Al quran telah membaca Surah
Al-an'am sehingga ayat 127 bermaksud "Bagi mereka (disediakan) tempat kediaman (syurga) di sisi Tuhannya dan Dialah pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan, " dikala lidahnya berhenti membaca, ajalnya pun datang dan pulang menghadap Allah swt.

Sumber Majalah ANIS keluaran Ogos 2010

6 comments:

ummufatihah said...

Anak saudaraku, Insya'Allah.. :)

Salam Mai.

MysDear said...

w'ssalam m'yah...
amin... :)

Jojoe said...

Hebatnya cerita seorang muslimah..thanx akak.. selamat berpuasa tau... rindu akak sgt.. ;-)

MysDear said...

untuk penkongsian bersama...selamat berpuasa...rindu anis jgk :)

Sakinah said...

Salam..

SubhanAllah..kehebatan iman orang2 Islam dahulu.

kak, point ke2 tu 'dilahirkan di makkah dan dilahirkan di madinah' ada pembetulan ke?

MysDear said...

w'salam...a'ah..kta entah bila smpai tahap mcm tu.

opss sori2...d besarkan d Madinah.Typing error.



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.