Monday, August 2, 2010

Panas , terbakar itu iktibar

Hari ni, pengisiannya seperti biasa.Bermula seawal paginya, mempersiapkan sarapan anak-anak ke sekolah.Berlanjutan membuat kerja rumah, cuci pakaian dan mengemas rumah hingga ke tengahari, terlelap seketika akibat keletihan.Nasib baik lah suami tawarkan belanja makan tengahari..jadi, aktiviti memasak di 'skip' kan ke petang.

Peristiwa 1:
Cuaca di luar agak panas hari ni.Teriknya rasa bagai mengigit-gigit.Sambil mengelap peluh dari tisu yang hampir lusuh, saya terfikir sendiri.Kepanasan begini agaknya akan berlarutan apabila masuk Ramadhan.Tapi dalam hati kecil ini berdoa semoga Ramadhan nanti Allah tetap turunkan hujan.

Peristiwa 2:
Sebelah petang, suami membawa Zubair ke klinik.Kesan lecur di lengannya dijangkiti kuman.Dah masuk dua hari ulang alik ke klinik.Tapi saya rasa, tak lama lagi , InsyaAllah sembuh lah tu.Zubair dinasihati oleh doktor supaya berpantang.Tak boleh ambil ayam , telur ayam dan makanan yang membawa alahan pada lecur tangannya.Sempat juga suami menceritakan betapa sengsaranya Zubair menahan kesakitan ketika luka lecurnya dicuci.

Dari 2 peristiwa yang berbeza ada iktibar disebaliknya.Panas terik yang seumpama mengigit kulit dan kesan lecur yang parah memberi rasa yang sama.Tapi takan sama dengan panasnya di neraka.Nau'zubillahiminzalik...semoga kita dipelihara dan dijauhi dari siksa api nya yang pedih...amin..

2 comments:

ummufatihah said...

Salam.. Kenak Zubair?.. Padah ngan Zubair sabar.. Ciannya..

MysDear said...

w'ssalam..biasalah M.yah..kekadang anak2 tok mcm2 perangey nya...haihh...fenin..



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.