Tuesday, August 10, 2010

Jom intai anak bulan...!!

Gambar ihsan: Google


Kalau nampak anak bulan petang ni, kebarangkalian esok kita bermula berpuasa.Alhamdulillah bertemu Ramadhan kembali.Dalam usia yang semakin nak senja ni, tertiba saya terkenang bagaimana saya mula berpuasa.Walaupun agak samar-samar dalam ingatan.Namun apa yang jelas, puasa semasa kecil dan hinggalah remajanya, begitu meninggalkan kenangan yang paling indah dalam hidup saya.Anda semua pun saya pasti mempunyai pengalaman yang tersendiri dan pasti meleret senyum ketika mengenangkannya bukan? :) kenangan terindah mana boleh lupa....

Apapun.., saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.Semoga segala amalan kita di bulan berkat ni diterima oleh Allah swt...amin. Masih terngiang-ngiang pesanan ustaz semasa mengikuti kuliah hari sabtu yang lalu, beliau berpesan supaya perbanyakkanlah solat taubat.Kalau boleh , setiap hari kita kena buat.Lebih-lebih lagi apabila masuknya bulan Ramadhan ini, pintu keampunan di buka seluas-luasnya.Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang beruntung dan dapat meraih ganjaran yang berlipatkali ganda di bulan yang penuh rahmat dan berkat ini.Sama-sama kita berdoa ye :)

Sepanjang bulan Ramadhan ini, blog ini takkan menyepi tanpa sebarang entri.Akan ada entri yang akan tetap menyusul cuma dalam bentuk autopublished (termasuk entri ni juga).Rutin saya akan bertambah sibuk sedikit.Lebih-lebih lagi tahun ni bertambah ahli keluarga kami yang nak join berpuasa.Kalau dapat setengah hari Nabila berpuasa pun dh kira ok dah.Tinggallah Nabihah sensorang tak da geng..hehe..

Oklah...di pendekkan cerita, setakat sini lah dulu ye....Selamat berpuasa!  :)

3 comments:

ummufatihah said...

Mai:

Salam Ramadhan untuk kitak orang sekeluarga. M yah pun tahun tuk nak nyuruh Mym cuba berpuasa. Mun sik tahan, sungkei kol 9 pun sik pa.. Janji cuba.. :)

Jojoe said...

Selamat berpuasa akak..hehehe..mana da senja..muda lawa lagik ler... miss u..

MysDear said...

Ummufatihah~ makseh m.yah...salam Ramadhan juak utk ktk..Nabila posa separuh hari jak..sik sampe separuh hari pun ...ekeke...


Anis~ selamat berposa anis...hehehe...miss u too :)



Sahl bin Abdullah berkata, " Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al Quran.Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan Sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat.Tanda cintakan Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri ialah membenci dunia.Dan tanda bencikan dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.